Tempahan Honda BR-V lebih dari 1,400 dalam tempoh sebulan

oleh SALINA JALIL|
Honda BR-V versi 2020 mendapat sambutan yang hangat di Malaysia dengan lebih 1,400 tempahan diterima sejak ia dilancarkan pada Jun lalu.


Menurut Honda Malaysia, lebih 85 peratus tempahan adalah untuk varian teratas iaitu varian V yang menampilkan kelengkapan tambahan seperti paparan audio 7 inci, paddle shifter, upholsteri kulit dengan kemasan merah dan jahitan merah pada tombol gear.

 

Selain itu, kawasan Tengah mencatat 42 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan dan warna Modern Steel Metallic dilihat menjadi pilihan utama dengan jumlah 24 peratus daripada tempahan.

 

MPV tujuh tempat duduk itu kekal dengan enjin 1.5-liter SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan CVT dengan kuasa  berjumlah 120 PS dan 145 Nm tork

.

Senarai harga terkini Honda BR-V baharu adalah seperti berikut:

 

harga brv

 

 

Bersempena dengan pengenalan BR-V 2020, Honda Malaysia turut melancarkan dua kempen iaitu “Be Kind with BR-V” dan "Drive Dealer Donation Honda", iaitu program bantuan COVID-19 untuk membantu masyarakat yang terjejas di kawasan sekitarnya pengedar Honda.

 

 

Kempen "Honda Dealer Donation Drive" yang sedang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang baik dan pada masa yang sama, pengedar Honda telah mula menyampaikan sumbangan kepada masyarakat sekitar mereka.


Honda Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada semua 101 pengedar yang mengambil bahagian dalam kempen ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu bertujuan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memahami dan mengalami teknologi…
Berita Domestik
Melalui satu majlis malam media pada Jumaat lepas, Honda Malaysia bakal memperkenalkan 3 model…
Berita Domestik
Melalui strategi perniagaannya menjelang tahun 2023, Honda menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan…