Tempahan Honda Accord 10th Gen kini dibuka - sedan segmen D dengan 1.5L VTEC Turbo!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan untuk model bertaraf mercu Honda Accord generasi ke-10 yang kini boleh dibuat di pusat pameran Honda seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, sedan ini bakal dilancarkan dalam tempoh suku pertama tahun ini. 

Sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 2001, Honda Accord kini mencapai rekod jualan melebihi 84,100 unit sehingga ke hari ini. 

Generasi kesembilan Accord memasuki pasaran pada tahun 2013 dan terus memegang kedudukan teratas di dalam kelasnya dengan penjualan melebihi 32,500 unit diikuti tahun 2017 di mana ciri keselamatan Honda SENSING telah dilengkapkan pada model Honda Accord. 

 


Untuk model Honda Accord generasi ke-10, ia membawakan rekaan fastback yang lebih sporty dan dalam masa yang sama mengekalkan ciri DNA Accord yang sofistikated. 

Rekaan lampu utama hadapan dan belakang tampil tajam dan stailo bagi meningkatkan lagi eskpresi rekaan premium, diikuti oleh stance yang lebar dan rekaan bumbung yang rendah memanjang ke belakang memberikan rupa yang lebih dinamik. 

Honda Accord 2020 dikemaskan dengan rim aloi bersaiz 18 inci serta bukaan paip ekzos berkembar dengan kemasan krom. 
 


Prestasi Accord disumbangkan oleh penggunaan enjin L15BE 1.5 liter VTEC Turbo (pertama kali dilengkapkan untuk sedan segmen D Honda) menawarkan kuasa 201 PS dengan daya kilas 260 Nm dipadankan dengan transmisi CVT.

Meneruskan lagi penawaran keselamatan yang ditawarkan oleh Honda, Accord generasi ke-10 ini turut dilengkapkan dengan Honda SENSING yang merangkumi tiga kategori:

Driver Cruising Aid

  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
  • Bantuan Mengekor Kelajuan Rendah (LSF)
  • Bantuan Lampu Suluhan Tinggi (AHB)

Frontal Collision Deterrence

  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)

Side Collision Deterrence

  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)

 


Tambahan kepada ciri Honda SENSING yang disebutkan di atas adalah seperti berikut:

  • Smart Parking Assist System with Brake Assist
  • Multi View Camera System (Kamera 360o)
  • Honda LaneWatch
  • Enam beg udara
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA)
  • Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA)
  • penderia parkir depan dan belakang
  • kamera undur 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.