Tempahan Ford Ranger edisi khas bakal dibuka 30 Mei

oleh Firdaus Razani|
Bagi meneruskan momentum sambutan luar biasa kepada Ford Ranger Platinum, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, akan melancarkan model Ford Ranger edisi terhad.

Pelancaran Ford Ranger edisi terhad terbuka kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024 di One Utama Luxe, New Wing.

Peminat dan pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri model yang direka dengan elemen lasak dan mewah untuk memberi pengalaman menarik kembara luar.

 

 

Tambahan itu, pelanggan dan peminat Ford boleh memandu uji Ford Ranger edisi terhad dan juga rangkaian kenderaan Ranger dan Everest lain, untuk merasai pengalaman menyeluruh.

Pelanggan yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran untuk acara ini dengan melayari www.sdacford.com.my.

Dengan gandingan keupayaan kembara dan kecanggihan teknologi, SDAC menerapkan pendigitalan untuk memastikan ia boleh dimanfaatkan oleh semua segmen pengguna.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan titik sentuh yang menyenangkan pelanggan, tempahan hanya dibuka di dalam talian mulai 30 Mei 2024 di https://shop.sdacford.com.my/vehicle/.

Ini merupakan satu-satunya peluang untuk menempah Ford Ranger edisi terhad.

Sebagai model edisi terhad, pelanggan yang membuat tempahan di dalam talian akan menerima jaket pengadang angin Ford Ranger edisi terhad percuma semasa penyerahan kenderaan.

Sejak pelancaran Ford Ranger Generasi Baharu pada 2022, para pemilik kenderaan baharu juga dijemput menjadi ahli Ford Inner Circle.

Keahlian dalam Ford Inner Circle bukan sahaja membuka pintu kepada bengkel eksklusif pemilik, tetapi juga menjemput pemilik untuk menyertai Ford Ranger Getaways.

Pengunjung boleh meneroka Ford Experience Hub, pengalaman roadshow yang pasti menarik hati semua peminat Ford.

Hab tersebut menawarkan Ford Ranger Getaways, barangan rasmi Ford dan sebuah ruang santai podcast khusus untuk menyaksikan “Ford: Built for Life Podcast”.

 

ford

 

Podcast ini berkongsi kisah-kisah yang belum lagi disampaikan dan maklumat berguna daripada pakar Ford dan Ford Permormance, memberikan perspektif unik dan kisah di belakang tabir tentang Ford.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…