Tempahan Dodge Charger, Challenger 2023 akan ditutup bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Dua model ikonik yang lahir daripada jenama Dodge - Charger & Challenger - dijangka berkubur menjelang akhir tahun ini, bertepatan dengan laporan terdahulu di mana jenama itu akan menghentikan penawaran kedua-dua model tersebut sehingga penghujung tahun 2023.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Ia bermakna, unit-unit terakhir Dodge Charger dan Challenger tidak lagi akan keluar daripada barisan produksi selepas 31 Disember 2023.
 

dodge


Menurut Dodge, pembeli yang masih berminat untuk mendapatkan model baharu Charger dan Challenger model tahun 2023 boleh meletakkan tempahan sehingga akhir bulan ini.

CEO-nya, Tim Kuniskis menjelaskan, ia benar-benar merupakan satu panggilan terakhir untuk peminat yang mahu mendapatkan model berkuasa tinggi seperti Scat Pack dan SRT Hellcat.
 

dodge


Masa depan kereta-kereta muscle ini bakal digantikan dengan sebuah kereta muscle berkuasa elektrik yang digelar sebagai Charger Daytona SRT Concept.

Ia membawakan bentuk badan kereta muscle dua pintu yang digandingkan dengan trenkuasa 'Banshee', senibina elektrik 800 voltan, transmisi eRupt, dan sistem runut bunyi yang dinamakan sebagai Fratzonic Chambered Exhaust.

Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept
Baca: Sistem runut bunyi ekzos Fratzonic Dodge Charger Daytona SRT Concept
Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept ada sembilan tahap kuasa

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Para pelanggan boleh menempah smart #1 menerusi aplikasi Hello smart App, dengan yuran tempahan RM1…
Berita Domestik
“Sebagai permulaan operasi, tiket dijual dengan kadar diskaun 30 peratus sehingga 31 Disember 2023…
Berita Domestik
Semenjak tempahan bagi model EV pertamanya untuk pasaran Malaysia iaitu Model Y dibuka, ramai yang…