Tempahan Civic facelift 2019 kini dibuka - ciri baharu Honda Sensing!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model facelift Honda Civic 2019 yang dijangka pelancaran rasminya pada suku keempat tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan yang dibawakan lebih kepada kemas kini aspek kosmetik dan luaran pada sedan segmen C ini, dimulakan dengan pemakaian 'Honda Wing' yang diwarnakan hitam berbanding krom pada model terdahulu. 
 


Selain daripada itu, bahagian bumper juga menerima kemasan yang lebih lebar dengan trim berwarna hitam di bahagian lampu kabus hadapan. 

Manakala di ruang belakang pula, terdapat spoiler yang bertenggek di atas bonet manakala bumper belakang diberikan sedikit kemas kini termasuklah kemasan krom melintangi bahagian bawah.

Honda juga turut membawakan rim aloi rekaan baharu bersaiz 18 inci untuk model facelift ringan ini. 
 


Selain daripada perubahan bersifat kosmetik yang dinyatakan diatas, perubahan terbesar yang dibawakan untuk Honda Civic 2019 kali ini adalah penambahan sistem keselamatan Honda Sensing yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC) dengan Kemampuan Mengikut Kelajuan Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Sistem Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Penukaran Laluan (LDW)
  • Bantuan Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • sistem kamera Honda LaneWatch

Harga jualan masih lagi belum diumumkan secara rasmi oleh Honda Malaysia, namun tempahan sudah pun boleh dilakukan di mana-mana pusat pamerah Honda bertauliah di seluruh negara. 
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Secara ringkasnya, perubahan yang dibawakan pada Honda Civic 2019 adalah sangat minima, di mana…