Tempahan BMW X7 kini dibuka - pelancaran di Malaysia tidak lama lagi

oleh Mohamad Hanif|

Untuk para pembeli sasaran di dalam segmen premium, BMW Malaysia kini membuka tempahan untuk model terbaharu BMW X7 menerusi hantaran di laman rasmi Facebook mereka. 

Ia telah pun diperlihatkan secara rasmi oleh BMW Malaysia pada tahun lalu. 

SUV bersaiz penuh mewah ini menampilkan bahasa rekaan BMW terkini seperti gril hadapan yang besar dikontraskan dengan lampu utama LED yang mengecil. 
 


Dengan dimensi yang lebih besar berbanding SUV X5 sedia ada, X7 mampu memuatkan tujuh orang penumpang dengan selesa, ditambah pula dengan penggunaan kaca panoramik yang membenarkan cahaya memasuki ruang kabin. 

Bahagian kargo pula mampu memuatkan muatan sehingga 1,376 liter sehingga 2,560 liter maksimum sekiranya tempat duduk baris belakang dibaringkan. 

Difahamkan, BMW Malaysia bakal menawarkan varian tunggal xDrive40i yang didatangkan dengan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris turbo dengan 335 hp dan 420 Nm. 
 


Kuasa tersebut digandingkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dan memacu semua roda dengan sistem xDrive. 

Untuk tempahan awal, anda boleh terus ke laman web di bawah:

BMW Be The First

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  Acara tersebut akan mempersembahkan lebih daripada 90 buah kenderaan yang boleh didapati dengan…
Berita Domestik
  Program subsidi bagi kerusi kereta kanak-kanak yang bermula dengan harga serendah RM100 kini…
Berita Domestik
  Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Tahun 2019 menandakan satu lagi…