Tempah Subaru XV, Forester dari harga serendah RM188!

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan berjenama Subaru di Malaysia kini membawakan kempen tempahan dalam talian demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kempen ini, Subaru Malaysia membuka peluang kepada mana-mana pelanggan baharu Subaru untuk mendapatkan crossover baharu XV atau Forester tanpa perlu keluar dari rumah masing-masing.

Apa yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan diri menerusi pautan

https://onlinebooking.subaru.asia/xv atau https://onlinebooking.subaru.asia/forester

serta membayar yuran tempahan serendah RM188 sahaja.

Kod pengesahan unik akan dihantar kepada pelanggan menerusi emel, dan wakil penjual Subaru akan menghubungi para pelanggan dalam masa lima hari bekerja untuk meneruskan proses tempahan atau sesi pandu uji dan permohonan pinjaman setelah selesai Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

Subaru XV kini ditawarkan dalam tiga varian (2.0i, 2.0i-P dan GT Edition) dengan harga jualan bermula dari RM117,788, manakala Subaru Forester pula dijual pada harga bermula dari RM149,788.

Kempen tempahan dalam talian ini berjalan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan  dan untuk maklumat lanjut, sila layari www.subaru.asia/my/

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiada perubahan dari segi mekanikal, bermakna Subaru Forester 2023 facelift ini masih lagi…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…
Berita Domestik
Menurut Eugene Tan, pengurus negara di TC Subaru Sdn B hd menjelaskan, "kami mahu membantu mana-…