Sama seperti model yang lain, Spectre juga akan mula diproduksi pada September ini dengan menggunakan tenaga tangan di kilang Goodwood, England dan proses pemasangan secara keseluruhan dijangka memakan masa 12 hingga 15 bulan.
Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap mana-mana EV, CEO Rolls-Royce Torsten Müller-Ötvös dilapor mahu memendekkan lagi tempoh tersebut.

"Jika anda menempah (Spectre) sekarang, anda mungkin akan menerimanya pada tahun 2025," jelasnya kepada laman InsideEVs.
"Di dalam segmen mewah, pelanggan tidak menghargai tempoh menunggu melebihi dua, tiga, empat atau lima tahun. Atau kenyataan berbunyi, 'kami telah habis menjual semua model sebelum sempat kereta menjejak tanah,' atau apa-apa sahaja alasan.
"Saya fikir ia adalah berkenaan perancangan pengeluaran yang tidak berkesan, tidak ada yang lain," ujarnya lagi.

Bercakap soal jarak gerak, Müller-Ötvös turut mengambil kira maklum balas daripada pelanggan Rolls-Royce menerusi model konsep 102EX dan 103EX yang diperlihatkan sebelum ini.
"Kami belajar banyak berkenaan aspek jarak gerak, serta tempoh pengecasan. Jelas sekali kita tidak perlu menjadi nombor satu dengan jarak gerak yang jauh, akan tetapi jarak gerak 500 km sudah lebih daripada mencukupi.
Baca: Rolls-Royce Spectre - EV mewah dengan jarak gerak 520 km
Sumber: InsideEVs