Tempah kereta baharu Nissan di Lazada pada harga serendah RM250 sempena 5.5!

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd hari ini melancarkan secara rasmi pembukaan Nissan Flagship Store di platform e-dagang Lazada bagi memudahkan urusan pembelian yang lebih memudahkan dan lebih selamat kepada para pengguna.
Modenas

Serentak dengan itu, pelanggan juga kini boleh menempah kenderaan baharu Nissan pada harga serendah RM250 seperti berikut:

  • Nissan Almera 1.0L Turbo
  • Nissan Navara
  • Nissan X-Trail
  • Nissan Serena S-Hybrid

55 pelanggan pertama akan menerima mesin kopi dari Nescafe secara percuma bernilai RM598.

 


Menurut Christopher Tan selaku pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM menjelaskan, "kami amat teruja untuk memperkembangkan perniagaan kami di Lazada, menjadikan pembelian kenderaan lebih mudah kepada semua orang, terutama di dalam situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu masa kini.

Sebagai makluman, Nissan kini menawarkan pakej aksesori menarik khusus untuk kenderaan baharu mereka, seperti contoh Nissan Almera 1.0L Turbo yang kini hadir dengan pakej aksesori Urban bernilai RM5,500 serta pakej pembiayaan Flexi pada harga serendah RM540 bulanan.

Nissan Navara 4x4 2.5L Turbo Double-Cab pula hadir dengan pelbagai teknologi terbaik di dalam kelasnya seperti Nissan Intelligent Mobility, dan bayaran bulanan serendah RM950 (Flexi Financing).

Selain daripada itu, Nissan X-Trail juga kini hadir dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition bernilai sehingga RM5,600 manakala Nissan Serena S-Hybrid pula datang dengan pakej servis percuma selama tiga tahun termasuklah kos buruh dan alat ganti.

Nissan Flagship Store boleh didapati di Lazada atau dengan melayari pautan www.lazada.com.my/shop/nissan-malaysia-flagship-store.

 

Add new comment