Tembok simen hempap Saga di MRR2 - Pemandu selamat

oleh SALINA JALIL|
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn.Bhd., pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah mengesahkan satu kejadian petang tadi yang melibatkan sebuah kereta remuk dihempap oleh tembok parapet (simen) yang terjatuh dari struktur binaan lebuh raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Insiden tersebut berlaku berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan Lingkaran Tengah 2.


Dalam kejadian petang tadi, pemandu wanita terbabit mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera.


Sehubungan dengan itu, PROLINTAS telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja serta merta di tapak kejadian dan pihak PROLINTAS akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan. 


Pasukan Emergency Response Team (ERT) SUKE telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan dinding parapet serta kereta yang terlibat.

Untuk mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklumbalas, sila berhubung dengan saluran komunikasi SUKE seperti berikut:

Telefon hotline : 1 300 88 9922

Facebook : PROLINTAS HighwayTwitter : @mySUKEofficial

Emel : [email protected]

Laman web : www.mysuke.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…