Tema gelap kuasai trak pikap Ford Ranger Storm, dan Ford Ranger Black Edition

oleh Mohamad Hanif|
Ford tidak turut ketinggalan untuk menyertai kemeriahan pasaran trak pikap di Brazil, apabila mereka memperkenalkan model konsep Ford Ranger Storm dengan kit badan yang serba agresif, dan juga Ford Ranger Black Edition.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Dibina berdasarkan Ford Ranger trim Limited, ia hadir dengan enjin turbodiesel 197 kuasa kuda dan transmisi automatik dengan enam nisbah kelajuan. 

Ford Ranger Storm dikhususkan untuk kegunaan off-road, jadi ia didatangkan dengan trim hitam mati untuk bumper hadapan, fender flare, trim bawah pintu dan juga tailgate. 


Manakala selebihnya dilayangkan dengan warna Tuscan Red yang tampak seperti warna jingga yang gelap. 

Bagi memberikan keupayaan yang setanding untuk laluan off-road, Ford Ranger Storm ini dilengkapi dengan tayar Pirelli MTR Scorpion all-terrain untuk keempat-empat sudut. 
 


Ford Ranger Black Edition pula direka untuk menjadi trak pikap urban dengan menampilkan upholsteri kulit hitam, dan kit badan elemen gelap termasuklah pelindung cermin sisi, pemegang pintu, running board, serta rim bersaiz 18 inci.

Untuk ruang kargo pula, Ford menggunakan contoh muatan motosikal Triumph Scrambler bagi memberikan idea ruangan kargo yang boleh dibesarkan, terima kasih kepada penggunaan bed extender di bahagian tailgate.  


Walaupun kedua-dua model Ford Ranger ini merupakan konsep semata-mata, Ford tidak menolak kemungkinan akan merealisasikannya sekiranya terdapat permintaan daripada pasaran tersebut. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…
Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…