Teksi terbang tanpa pemandu mula diuji

oleh SALINA JALIL|
Korea Selatan telah menguji perkhidmatan teksi udara tanpa pemandu di ibu negaranya buat pertama kali, baru-baru ini.


The Korea Times melaporkan, kenderaan itu dilengkapi dua tempat duduk elektrik yang boleh menampung muatan 650 kilogram (kg) serta boleh terbang dengan kelajuan 130 kilometer (KM) sejam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ia diuji menggunakan dron Ehang 216, buatan syarikat teksi udara tanpa juruterbang China, Ehang yang berjaya menguji kenderaan dengan beg beras 70 kg, pada awal April lalu.

 

Program teksi dron adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan Korea Selatan. Matlamatnya adalah melancarkan penyelesaian mobiliti udara bandar (UAM) seperti penghantaran dron dan perkhidmatan teksi pada tahun 2025

 

Ia sebagai usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan darat serta menjamin pertumbuhan masa depan.

 

Ketika ini, republik itu sedang melakukan proses pengembangan sistem pengurusan lalu lintas teksi udara dengan teliti membincangkan kadar tambangnya.

 

Selepas dikomersialkan kelak, perkhidmatan itu dijangka membolehkan pengguna dari Yeouido ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dalam masa 20 minit berbanding 45 minit jika menaiki teksi.

 

Rakaman video di sini:  

AsiaTimes

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam ujian penerbangan sulung itu, VoloConnect berjaya melakukan beberapa pergerakan manuver yang…
Berita Global
  Seperti Sukan Olimpik Jepun 2020 yang berlangsung baru-baru ini, kos penganjuran dikatakan…
Berita Global
  Katanya, EHang 216 juga bakal menjadi medium penyelesaian pengangkutan, terutamanya di daerah…