Teksi terbang bakal beroperasi di Singapura 2024, hubungkan Indonesia & Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa tahun, rakyat Singapura (yang kaya raya dan mampu beli petrol di Johor itu) boleh menikmati perkhidmatan teksi terbang yang disediakan oleh syarikat Jerman Volocopter.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada ketika ini, Volocopter sedang berusaha untuk menjadikan perkhidmatan teksi terbang (atau lebih tepat lagi eVTOL - electrified vertical take-off and landing) menjadi satu realiti.

Menurut Volocopter, penerbangan pertama akan disasarkan untuk kegunaan pelancongan di Teluk Marina dan Sentosa, diikuti fasa berikutnya yang bakal menghubungkan Singapura dengan Malaysia dan Indonesia.

Kajian dalaman syarikat itu menunjukkan perkhidmatan teksi terbang ini mampu menjana sekitar SGD $4.18 bilion (RM13 bilion) dan mencipta sehingga 1,300 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Menjelang tahun yang sama, Volocopter menyasarkan untuk mempunyai empat hingga enam stesen VoloPorts di Singapura termasuk di kawasan Marina South, Sentosa dan juga Changi.

Sumber: Volocopter

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Jerman Volocopter, Dirk Hoke, berkata dalam tempoh 18 bulan…
Berita Global
Dalam ujian penerbangan sulung itu, VoloConnect berjaya melakukan beberapa pergerakan manuver yang…
Berita Global
  Pengumuman itu dibuat pada minggu yang sama ketika Lilium, syarikat start-up teksi udara Jerman…