Teksi motosikal - pengedar bakal naikkan harga?

oleh HEZERI SAMSURI|
Perkhidmatan teksi motosikal yang bakal dibenarkan di Malaysia dijangka akan menyaksikan permintaan lebih tinggi untuk pasaran motosikal tempatan, menurut seorang penganalisa industri automotif yang ditemui oleh Careta.

"Rekod menunjukan pengedar-pengedar motosikal menaikan harga produk bila ada permintaan," ujar beliau.

"Malah, ada yang pernah menaikan harga untuk warna popular bagi motosikal. Ia pernah berlaku dan pengeluar tidak ada kuasa untuk mengawalnya," sambung beliau.

"Jika ini berlaku, mereka yang mahu menjadikan teksi motosikal sebagai sumber pendapatan terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk membeli motosikal," katanya.

Industri motosikal tempatan menggunakan sistem harga pasaran terbuka di mana pengedar bebas untuk meletakan harga jualan. Ia berbeza dengan harga kereta di mana pengeluar mengawal harga maksimum jualan.

Harga pasaran terbuka memberikan kebebasan untuk pembeli memilih pengedar yang memberikan pakej terbaik, tetapi ia juga memerlukan pembeli untuk "berusaha" mencari pengedar dengan harga paling kompetitif.

Careta akan berusaha untuk mendapatkan komen dari Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM).

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  1. Jaket beg udara Beg udara adalah sesuatu yang standard di dalam kereta dan ia terbukti telah…
Hezeri Samsuri
Lebih menyedihkan Saifullah bekerja sambilan sejak Ramadhan lalu untuk mengurangkan beban…
Berita Global
Hal ini diakui sendiri oleh pengurus kanan bahagian inovasi, divisyen R&D Kawasaki Heavy…