Teksi elektrik bakal menjelma di KL hujung tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd bakal menggunakan kereta elektrik untuk perkhidmatan teksi di bandaraya Kuala Lumpur pada penghujung tahun kelak.

Pengasas dan Penasihat Perkhidmatan Big Blue Taxi Datuk Shamsubahrin Ismail berkata perancangan akhir sedang dirangka oleh pihaknya untuk mencuba 25 teksi elektrik buatan Jepun pada November ini. 

“Kami akan bertemu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada minggu ini mengenai stesen-stesen caj elektrik dan kemudahan lain yang baik untuk teksi elektrik di ibu kota,” katanya.

Shamsubahrin menambah bahawa pihaknya akan mendapatkan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan juga agensi kerajaan lain berkaitan teknologi hijau bagi memastikan tempoh fasa percubaan selama lapan bulan berjalan lancar bagi perkhidmatan teksi elektrik pertama di negara ini.

 

shamsubaharin

 

“Ini masih lagi di peringkat perancangan dan kami perlu memastikan semuanya sudah cukup sebelum kami guna teksi elektrik ini,” jelasnya lagi.

Apabila ditanya mengenai jenama kereta elektrik yang bakal dibawa masuk dari Jepun, Shamsubahrin enggan memberitahu namun menyatakan bahawa saiz kenderaan itu, “adalah lebih kurang ukuran Nissan Leaf.”

Jika projek percubaan 25 teksi elektrik ini berjalan baik, Kuala Lumpur bakal mengikut jejak langkah Singapura, Shenzhen, Beijing dan Hong Kong yang telah dan sedang menggunakan kenderaan teksi elektrik.

Akan tetapi, percubaan dua tahun jenama BYD dari China sebagai pengangkutan teksi elektrik di Hong Kong ternyata tidak berjaya kerana faktor kos tinggi dan BYD telah pun beralih arah sejak Januari ke negara jiran yang diusahakan bersama HDT Singapore Taxi.

 

Penulis: Yusuf Ismail, Contributing Editor Careta.my

BYV EV taxi
BYD telah menghasilkan sedan elektrik yang popular di China dan ada antaranya telah digunakan sebagai teksi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Datuk Shamsubaharin Ismail, penasihat kepada syarikat pengendali teksi Big Blue Taxi Service Sdn…
Berita Domestik
Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk terus menegur pegawai SPAD…
Berita Domestik
Pengasas dan Penasihat Perkhidmatan Big Blue Taxi Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini telah…