Teksi, e-hailing boleh rentas daerah dan negeri sekiranya penumpang dapat kebenaran

oleh Mohamad Hanif|
Perkhidmatan teksi dan kenderaan seru-pandu (e-hailing) di seluruh Semenanjung kini dibenarkan beroperasi merentas daerah dan negeri untuk membawa penumpang, dengan syarat penumpang sudah pun mendapatkan kebenaran rentas daerah atau negeri.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Rabu lalu (23 Jun), perkhidmatan ini diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu  dan dibenarkan untuk beroperasi antara dua daerah atau negeri untuk membawa penumpang.

Pemandu teksi boleh mendapatkan surat kebenaran dengan melengkapkan pendaftaran di sistem SMILE (Sistem Maklumat Industri Logistik) di https://application.mot.gov.my manakala pemandu e-hailing pula boleh mendapatkan surat kebenaran menerusi penyedia perkhidmatan masing-masing.

Penumpang yang menggunakan perkhidmatan teksi atau seru-pandu untuk bergerak merentas daerah atau negeri bertanggungjawab memastikan mereka sudah pun mendapatkan kebenaran mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, negeri seperti Sabah telah mula membenarkan perkhidmatan teksi dan seru-pandu untuk merentas daerah tanpa memerlukan surat kebenaran polis bermula hari ini (23 Jun).

Menurut jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun, kelonggaran itu hanya membabitkan rentas daerah antara Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang sahaja buat masa ini.

Berita penuh: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kementerian kereta api berkata, perkhidmatan pertama tren kargo yang sarat dengan arang…
Informasi
  Selain itu, KTMB turut menawarkan dua perkhidmatan ETS tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang…
Berita Global
Terbaharu, Geely mengumumkan mereka akan hadir dengan sebuah lagi jenama baharu iaitu Cao Cao…