Teknologi Zon Bunyi Berasingan Kia bantu penumpang nikmati muzik kegemaran tanpa sebarang fon kepala

oleh Mohamad Hanif|
Bayangkan anda berada di dalam sebuah perjalanan bersama-sama rakan karib menuju ke pusat peranginan, namun sepanjang jalan anda "terpaksa" mendengar alunan lagu nyaring Ziana Zain sedangkan anda lebih meminati lagu Sufian Suhaimi dan "baby shark do do do".
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Usah risau, kerana zaman itu bakal tamat tidak lama lagi dengan teknologi Zon Bunyi Berasingan (Separated Sound Zone, SSZ) yang dihasilkan oleh Kia membenarkan setiap penumpang mempunyai saluran bunyi yang tersendiri tanpa sebarang fon kepala (headphone)


SSZ direka dengan memasang unit speaker yang banyak menggunakan prinsip saintifik gelombang bunyi yang mencipta dan menghapuskan sesuatu gelombang supaya ia tidak bertindih sesama sendiri dan dalam masa yang sama mencipta satu ruang berasingan khas untuk seseorang penumpang. 

Sistem SSZ juga akan menggunakan teknologi sambungan Bluetooth dengan telefon pintar bagi membolehkan penumpang mendengar muzik kegemaran mereka tanpa perlu mengganggu penumpang lain yang mungkin kurang selesa dengan pemilihan muzik anda. 

SSZ ini hanya akan difokuskan kepada para penumpang, khususnya untuk golongan bayi yang memerlukan suasana yang senyap ketika tidur. 

Bagi pemandu pula, Kia menyatakan sistem zon bunyi ini akan mengekalkan saluran bunyi daripada persekitaran supaya pemandu sentiasa kekal fokus ketika pemanduan. 
 


Menurut Kia, teknologi ini bakal hadir pada kenderaan Kia menjelang tahun 2020.