Teknologi VTEC untuk skuter Honda? Biar betul?

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah imej paten tertiris memaparkan Honda sedang membangunkan skuter popularnya, PCX 150 yang dilengkapi dengan sistem pemasaan injap VTEC.

Menurut berita yang dipetik daripada laman web Autocar, gambar tersebut memaparkan enjin silinder tunggal itu bakal menggunakan tetapan empat injap, dan bukan tetapan dua injap. 
 


Sistem VTEC bukanlah satu perkara baharu di dalam dunia dua roda kerana motosikal seperti CB400 sudah pun mempunyai sitem yang serupa sejak bertahun-tahun lamanya. 

Jika benar gambar paten yang dipaparkan ini, ia merupakan pencapaian kali pertama apabila sebuah motosikal bersesaran rendah didatangkan dengan ciri VTEC. 
 


Sistem pemasaan VTEC atau nama panjang kegemaran bebudak Honda 'Variable Valve Timing and Lift Electronic Control' mampu meningkatkan kadar kecekapan prestasi motosikal, selain mengurangkan penggunaan bahan api. 

Sistem ini bukanlah yang pertama diperkenalkan di dalam dunia skuter kecil kerana sebelum ini Yamaha telah memperkenalkan sistem yang serupa, dinamakan sebagai VVA atau Variable Valve Actuation pada model NMAX 155. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Bersempena dengan itu, Honda telah menerbitkan sebuah gambar acah yang memaparkan bahagian profil…
Berita Global
Fasiliti yang dibina atas tanah berkeluasan 2.56 juta meter persegi ini mempunyai bilangan pekerja…
Berita Domestik
Acara kemuncak kepada kempen "Road to 900,000th Unit Milestone" ini merupakan penyampaian sembilan…