Teknologi ultra kapasitor mampu memberikan kenderaan elektrik jarak yang lebih jauh

oleh Mohamad Hanif|
Kajian terbaharu dari Perancis itu menemukan bahan ultra kapasitor karbon dikatakan mampu mengurangkan berat kenderaan elektrik sebanyak 30%
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ultra kapasitor yang menggunakan bahan karbon dan graphene dengan teknologi nano itu mampu menyimpan dan mengeluarkan tenaga elektrik dengan lebih cepat berbanding penggunaan bateri lithium ion.
 


Menurut pegawai eksekutif NAWA Technology, Ulrik Grape menjelaskan penggunaan teknologi karbon itu mampu menarik tenaga daripada penggunaan brek regeneratif dan menyalurkan kembali kepada motor elektrik dengan pantas. 

Walaupun teknologi ultra kapasitor ini mempunyai kadar penyaluran tenaga yang terpantas, secara teorinya ia tidak mempunyai kapasiti ruang storan tenaga yang besar. 

NAWA Technology, syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan peranti tersebut mengatakan ultra kapasitor ini boleh diintegrasikan dengan bateri lithium ion bagi membekalkan kuasa yang segera untuk meningkatkan prestasi di samping mengurangkan frekuensi caj dan discaj yang boleh memanjangkan hayat bateri. 
 

Disamping itu, dengan penggunaan teknologi tiub nano, ia juga mampu menyimpan jumlah tenaga yang lebih tinggi berbanding bateri pesaing. 

NAWA kini sedang berusaha bagi memulakan fasa rekaan bagi menghasilkan bateri terbaharu itu dengan mensasarkan tahun 2022 untuk memasuki fasa pengeluaran sepenuhnya.

Sumber: Autocar UK
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kapasitor ultra pada motosikal NAWA Racer mempunyai sepuluh kali ganda kuasa dan lima kali…