Teknologi terhubung Goodyear mampu panjangkan jangka hayat tayar sehingga 30 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Goodyear Tire & Rubber Company baru-baru ini telah mengumpulkan kira-kira 3 juta data ujian jalan raya dan lapangan berhubung dengan penggunaan tayar terhubung - tayar yang dilengkapi dengan penderia khusus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan data yang diperoleh, Goodyear mendapati penggunaan penderia pada tayar-tayar ini dilihat mampu mengurangkan jarak pemberhentian yang timbul antara tayar baharu dan tayar haus sebanyak 30 peratus.

Sistem tayar terhubung Goodyear ini secara berterusan mengukur dan merekod informasi yang berkaitan yang dipadankan dengan data kenderaan dan dihubungkan secara langsung dengan algoritma berasaskan awan Goodyear.

Terima kasih kepada gandingan sistem itu tadi, tayar pintar ini mampu untuk mengukur tahap penggunaan tayar, muatan, inflasi, suhu operasi, serta keadaan jalan semasa dalam masa nyata yang membolehkan kenderaan untuk mengoptimasikan prestasi kenderaan berdasarkan data tersebut.

Menurut Chris Helsel, Ketua Pegawai Teknologi Goodyear berkata, "jika seseorang memandu di dalam keadaan jalan berselekoh yang basah, pemandu akan cuba mengawal pergerakan dengan cara memperlahankan kenderaan, brek atau mengelakkan pergerakan yang keterlaluan.

"Jika tiada sebarang pemandu, tayar merupakan satu-satunya komponen yang 'berkomunikasi' dengan jalan, dan daripada itu ia mampu menyalurkan informasi berguna untuk meningkatkan kadar keselamatan dan juga mengoptimasikan prestasi.