Teknologi semburan air bantu Subaru WRX STI S209 capai 341 hp

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subaru WRX STI S209 merupakan sebuah lagi kereta sedan berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh Subaru Tecnica International (STI). 

Dengan bantuan komponen baharu seperti turbo HKS, piston, rod penyambung dan boost yang dinaikkan daripada 16.2 psi kepada 18 psi, enjin EJ25 Boxer itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 341 hp menjadikan ia antara kuasa tertinggi yang dihasilkan oleh Subaru WRX (setakat ini).

Namun, apa rahsia disebalik pencapaian ini? 
 


Semuanya berbalik kepada teknologi semburan air yang digunakan pada Subaru WRX STI S209 ini. 

Teknologi semburan air ini bukanlah pertama kali diperkenalkan kepada umum memandangkan sebelum ini BMW M4 GTS turut sama menggunakan ciri serupa yang dihasilkan oleh Bosch. 

Apa yang membezakan antara kedua-dua sistem yang ada pada BMW dan Subaru ialah kehadiran enjin Boxer yang diposisikan rendah dan mendatar (horizontal), membolehkan Subaru meletakkan intercooler pada bahagian atas enjin. 
 


Ditambah dengan udara sejuk yang mengalir masuk menerusi bukaan udara pada hud enjin, tetapan yang digunakan oleh Subaru ini ternyata mampu mengurangkan masa perjalanan yang diambil oleh air sejuk kepada enjin, seterusnya mengurangkan sela masa turbo. 

Dengan adanya teknologi semburan air ini, pemandu boleh menggunakan ciri ini (menggunakan butang yang terletak di bahagian belakang stereng) untuk mengurangkan suhu pada intercooler secara manual.
 


Sekiranya suhu udara di sekeliling adalah tinggi, semburan air ini boleh digunakan untuk mengurangkan suhu udara yang masuk sebanyak 10 darjah - lebih sejuk udara, lebih bahan api, lebih kuasa terhasil.

Namun, Subaru memberikan peringatan bahawa tangki air untuk semburan ini seharusnya diisi dengan air tulen sahaja. 

Manakala untuk pasaran negara sejuk, air seharusnya tidak diisi penuh untuk membenarkan pergerakan zarah air yang membeku. 

 

Sumber: Youtube Engineering Explained