Teknologi keselamatan kereta moden 'percepat kematian' transmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Transmisi manual tidak dapat dinafikan lagi sedang berada di ambang kepupusan bukan sahaja disebabkan oleh permintaan yang semakin kurang, malah ia juga disumbangkan oleh aplikasi teknologi keselamatan kereta-kereta moden masa kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Automotive News Canada, ciri seperti brek kecemasan automatik (AEB) serta ciri-ciri keselamatan lain mempercepatkan lagi kepupusan transmisi manual disebabkan ciri tersebut tidak mampu beroperasi secara berkesan pada kereta manual berbanding kereta-kereta automatik.

Seperti contoh, Subaru Kanada tidak menawarkan ciri keselamatan EyeSight pada kenderaan bertransmisi manual disebabkan model manual tidak mempunyai brek parkir elektronik yang diperlukan untuk menghalang kereta daripada terus bergerak selepas AEB diaktifkan.

 


Secara teknikalnya, kereta manual boleh menjadi lebih selamat, seperti apa yang dilakukan oleh Mazda di mana mereka menetapkan kenderaan untuk terus berhenti sekiranya klac tidak ditekan.

Namun, Subaru menyatakan faktor ekonomi yang menyebabkan mereka tidak menawarkan ciri yang sama pada kenderaan mereka.

Melihatkan kepada ciri AEB yang bakal diwajibkan kelak, pengeluar terpaksa untuk melakukan sesuatu, terutama bagi kenderaan yang masih lagi dilengkapi dengan transmisi manual.

Berdasarkan laporan, permintaan terhadap kenderaan manual di Kanada semakin menurun, di mana Mazda mencatakan penurunan kepada 6.4 peratus, sementara Subaru pula kurang daripada 10 peratus, namun begitu permintaan terhadap kereta sports seperti WRX/STI dan BRZ meningkat empat kali ganda antara tahun 2016-2020.

 


Bercakap kepada Automotive News, wakil jurucakap pengurusan produk Subaru Anton Pawczuk berkata, Subaru masih lagi komited untuk menawarkan kereta bertransmisi manual.

"Sekiranya satu hari nanti pihak berkuasa mewajibkan ciri AEB, kami akan melihat kepada perkara tersebut," ujar beliau.

Menurut Jörg Trampler, pengarah bahagian teknologi trenkuasa elektrik di ZF Amerika Utara menjelaskan, untuk menawarkan transmisi manual pada trenkuasa hibrid pula memerlukan penambahan teknologi seperti klac elektronik.

Ini kerana komponen sebegini membolehkan pemilik merasai sendiri penukaran yang lancar antara kuasa daripada enjin pembakaran dalaman dan kuasa daripada motor elektrik.

Ini menjadikan usaha untuk mengekalkan transmisi manual pada kenderaan moden menjadi lebih kompleks, berbanding  penggunaan transmisi yang lebih moden seperti automatik, CVT, DCT dan sebagainya.

Sumber: Automotive News Canada

Berita Berkenaan

Berita Global
Teknologi masa kini yang lebih moden telah melahirkan pelbagai jenis transmisi automatik yang lebih…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…