Teknologi kawal karbon - Elon Musk tawar RM404 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Lelaki yang terkaya di dunia merangkap CEO Tesla Elon Musk pada khamis lalu menjanjikan ganjaran bernilai $100 juta bagi pembangunan teknologi terbaik untuk mengawal emisi karbon dioksida.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beliau mengumumkan perkara tersebut menerusi laman web mikroblog Twitter di mana perincian lanjut hanya akan diumumkan dalam minggu ini.

Berdasarkan carian ringkas, teknologi pengawalan karbon (carbon capture technology) ini merupakan proses menyeluruh yang digunakan untuk 'menangkap' pelepasan sisa buangan karbon dioksida, sebelum dihantar ke fasiliti storan untuk proses seterusnya supaya sisa tersebut tidak kembali ke atmosfera.

Tahun lalu, International Energy Agency membuat kenyataan pembangunan teknologi pengawalan karbon ini amat diperlukan bagi negara-negara yang ingin mencapai sasaran pelepasan sifar emisi.

Sehingga kini, tidak banyak perkembangan diberitakan berhubung pembangunan teknologi ini, dan sudah pasti ia memerlukan dana yang besar bagi menjadikan ia satu realiti.

Jadi, siapa yang rasa-rasa mempunyai kepakaran, mungkin boleh cuba hubungi Elon Musk sendiri. Mana tahu, $100 juta itu mungkin akan menjadi milik anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Beliau dipetik berkata demikian ketika pengumuman kewangan Tesla untuk Q4 2023. Pada suku yang…