Teknologi Easy Swap sedang diperhalusi, tidak akan ditawarkan pada Kia PV5

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, Kia memperlihatkan penyelesaian skala komersial menerusi Platform Beyond Vehicle (PBV) yang menawarkan teknologi penukaran modul binaan badan dikenali sebagai Easy Swap.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Dengan adanya teknologi tersebut, pemilik kenderaan PBV ini boleh menukar Life Module, atau binaan badan belakang mengikut keperluan semasa, sama ada untuk mengangkut barang atau membawa penumpang.

Bukan itu sahaja, berdasarkan video rasmi yang dimuat naik, kenderaan PBV ini juga boleh diubah menjadi sebuah trak pikap!

 


Menurut ketua unit rekaan Kia, Karim Habib memberitahu InsideEVs, walaupun idea tersebut sedang diperhalusi pada ketika ini, ciri tersebut tidak akan muncul pada model PBV pertama yang dijangka hadir pada tahun 2025, iaitu Kia PV5.

“Kami sedang bekerja keras membangunkan teknologi tersebut, ia tidak akan muncul pada model PV5, akan tetapi ia akan datang kemudian sekiranya semua berjalan lancar di mana anda boleh menggabungkan modul yang berbeza.

Secara teorinya, kenderaan yang lahir daripada PBV ini mampu menawarkan penyelesaian semua-dalam-satu, di mana pemilik hanya perlu membeli satu kenderaan yang versatil dan praktikal untuk semua kegunaan.

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan hab pusat latihan itu berfungsi sebagai ibu pejabat serantau untuk Kia Asia Pasifik,…
Berita Global
Kia Sorento Gravity 2025   Sama seperti Santa Fe, perubahan pada Sorento 2025 tidak melibatkan…
Berita Global
  Rupa depan K8 kini seragam dengan model-model Kia lain dari siri EV sehingga si kecil Picanto…