Teknologi dial rotari berkembar gabung fungsi penukaran gear dan kawalan infotainmen!

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi shift-by-wire telah pun mula digunakan oleh sesetengah kenderaan moden, dan ada pengeluar yang sudah pun menggunakan ciri dial rotari yang nampak lebih mewah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi acara CES yang dianjurkan tahun ini, syarikat GHSP telah memperlihatkan teknologi kawalan dial rotari berkembar yang menggandingkan fungsi penukaran posisi gear dan kawalan terhadap sistem infotainmen kenderaan.

Menurut GHSP, ia direka supaya menjadi lebih intuitif, minimalis dan memudahkan pemandu untuk mengakses fungsi di dalam kenderaan dengan hanya satu kawalan sahaja.

 


Dalam keadaan mod standard, dial rotari ini nampak seperti apa yang biasa kita lihat pada konsol tengah, namun saat pemandu mengaktifkan atau memulakan enjin kenderaan, sebuah lagi dial rotari akan muncul di bahagian atas.

Dial atas dikhususkan untuk membuat penukaran gear, sementara dial bawah pula boleh digunakan untuk mengawal sistem infotainmen yang lengkap dengan ciri push ring untuk membuat sesuatu keputusan.

 


Selain daripada itu, dial rotari berkembar ini mempunyai ciri pengesan cap jari terbina yang akan memuatkan segala tetapan peribadi saat sistem mengesan designasi yang ditentukan - termasuklah stesen radio kegemaran, posisi cermin dan sebagainya.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, bahagian luar dial rotari ini masing-masing mempunyai tekstur sentuhan yang tersendiri, di mana pemandu boleh membezakannya tanpa melihat.

Malah, tahap sensitiviti sentuhan juga boleh ditetapkan bergantung kepada kehendak pemandu itu sendiri.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu produk menarik perhatian ialah Harman Ready Vision dengan teknologi paparan Head-Up…
Berita Global
Dee atau Digital Emotional Experience pada nama model tersebut mencerminkan tujuannya untuk…
Berita Global
Dalam masa yang sama, mereka turut menyiarkan sebuah video acah berdurasi 15 saat model EV yang…