Teknologi Car-To-X Mercedes mampu beri amaran kehadiran lubang, bonggol jalan, serta angin lintang!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz baru-baru ini mengumumkan teknologi Car-To-X yang mampu memberikan amaran awal terhadap kehadiran lubang serta bonggol jalan kepada pemandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sistem komunikasi Car-To-X ini - sekiranya diaktifkan - mampu menghantar data kepada storan awan Mercedes-Benz Cloud dalam masa nyata dengan menggunakan jaringan mudah alih yang terdapat pada kereta Mercedes.

Lebih menarik lagi, data ini akan turut dihantar kepada mana-mana kenderaan Mercedes-Benz yang berada di sekitar berkenaan kehadiran lubang jalan/bonggol menerusi ikon di dalam sistem navigasi kenderaan, atau amaran yang boleh didengari 10 saat sebelum tiba di lokasi yang dimaksudkan.
 

S-Class


Kereta-kereta baharu seperti C-Class, S-Class dan EQS serta kenderaan penumpang Mercedes yang dibina selepas tahun 2016 boleh mendapatkan informasi amaran kehadiran lubang/bonggol dengan syarat pemilik sudah pun mempunyai akaun Mercedes me, serta perkhidmatan komunikasi Car-to-X telah pun diaktifkan.

Kehadiran bonggol/lubang dikesan oleh sistem pada kereta apabila nilai had tertentu dicapai oleh mampatan dan pemulihan suspensi secara tiba-tiba.

Untuk kenderaan baharu seperti C-Class, S-Class dan EQS, amaran tersebut akan berbunyi "Look out, potholes!" atau "Attention, speed bump" di mana amaran ini akan turut didapati dalam 36 bahasa di seluruh dunia.
 

Car-To-X


Selain daripada itu, terdapat fungsi lain Car-to-X yang dinamakan sebagai 'Crosswind Assist' (bantuan angin lintang), di mana sistem ini akan diaktifkan ketika kenderaan melalui kawasan angin lintang yang kuat bagi membantu pemandu mengemudi serta brek dengan cara yang lebih selamat.

Cara yang sama akan digunakan oleh Mercedes-Benz Cloud bagi memberikan amaran kepada kenderaan di sekitar kawasan tersebut berkenaan kehadiran angin lintang.