Teknologi 5G? Ini cara kereta 'bercakap' dengan lampu isyarat dan basikal

oleh Muhammad Md Tajudin|
Spektrum 3G memberikan pengguna panggilan video melalui telefon pintar atau tablet. Kemudian 4G datang dengan kelajuan tinggi membolehkan penstriman video atau siaran langsung dibuat melalui telefon pintar dan tablet sahaja.

Ini semua adalah kemajuan, bayangkan pada satu masa dahulu kesemua ini memerlukan tenaga kerja yang ramai, peralatan yang banyak dan kos tinggi.

Kini anda boleh berada di tapak piramid di Mesir dan menyiarkan aktiviti yang dilakukan melalui telefon pada genggaman tangan sahaja.

Kita sekarang berada di ambang 5G. Sebelum itu, apakah maksud spektrum terbaru tersebut?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
SEAT 5G

 

Ringkasnya, 5G merujuk kepada sambungan rangkaian generasi kelima. Seperti yang dikatakan sebelum ini, pengguna 3G berupaya melayari internet dengan kapasiti tinggi melalui telefon mudah alih buat kali pertama.

Teknologi 4G pula menambah kelajuan tersebut 500 kali ganda membolehkan pelayaran kandungan video dalam talian dengan lancar dan keupayaan memuat turun fail besar tanpa menunggu lama.  

Melalui teknologi 5G, kelajuan yang dibawa ialah 1000 kali lebih pantas berbanding 4G dan bermakna permulaaan kepada Internet of Things (IoT) secara besar-besaran.

 

SEAT 5G

 

Apakah pula yang dimaksudkan dengan Internet of Things?

Secara umumnya, IoT adalah satu rangkaian atau dunia yang berhubung sesama sendiri seperti kereta dengan rumah, pejabat, telefon pintar, basikal, manusia dan sebagainya.

Apabila kesemua ini boleh berinteraksi sesama sendiri, banyak perkara boleh dilakukan dengan tepat, mudah dan menjimatkan masa.

Kemudian, apa kaitan 5G dengan kereta? Banyak. Mengikut SEAT teknologi ini berupaya menghalang perkara yang tidak elok sebelum ia berlaku.

Berikut ialah penerangan dan faedah 5G untuk kenderaan yang disenaraikan oleh SEAT:

1. Halangan yang terlebih dahulu dilihat oleh kenderaan

Menurut jurutera SEAT, César de Marco, jika sebelum ini kereta hanya menyediakan maklumat seperti mana yang boleh dilihat pemandu, melalui teknologi 5G kereta akan mendapat maklumat dari bandar mereka sendiri sebelum pemandu dapat melihatnya.

Kereta yang bersambung dengan 5G dapat mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan objek statik dan melalui informasi jangkaan yang disampaikan terus ke dalam kabin kereta, pemandu dapat membuat keputusan dengan lebih cepat dan pantas.

 

SEAT 5G

 

2. Kamera, sensor dan lampu isyarat

Perkakasan seperti lampu infra merah, sensor dan lampu isyarat adalah sebahagian daripada infrastruktur untuk berkomunikasi dengan kereta.

Contohnya kamera yang dihubungkan kepada lampu isyarat berupaya mengesan pejalan kaki.

Maklumat tersebut kemudian dihantar ke rangkaian 5G dan kepada kenderaan untuk memberi peringatan kepada pemandu supaya berhati-hati.

Bagaimana pula dengan penunggang basikal yang bergerak lebih laju? Mengikut César de Marco, untuk membolehkan ia berhubung, peranti elektronik dipasang pada basikal dan penanda elektronik pula dipasang pada infrastruktur di bandar.

Alat dan peranti ini adalah mekanisma supaya objek yang berkenaan dapat berhubung di antara satu sama lain dalam rangkaian sama.

 

SEAT 5G

 

3. Lebih pantas berbanding manusia

Satu kelebihan utama teknologi 5G ialah kepantasan dalam tindak balas. Sebagai contoh, manusia mengambil masa tindak balas terhadap sentuhan, penglihatan dan bau dalam masa 150 milisaat.

Mengikut César de Marco, tempoh respon teknologi 5G pula jauh lebih pantas.

Misalnya apabila sesebuah kereta mengesan halangan, tempoh masa yang diambil untuk komunikasi seterusnya hanya dalam lima milisaat sahaja. 

4. Rangkaian, pelayan (server) dan data besar (big data)

Kereta yang dilengkapi teknologi 5G hanya dapat berfungsi dalam keadaan yang sama dengannya.

Sebelum bercerita atau menikmati teknologi 5G, pihak berwajib dan syarikat telekomunikasi perlu menyediakan infrastruktur terlebih dahulu.

 

SEAT 5G

 

Insiatif sebegitu telah pun dimulakan oleh syarikat telekomunikasi Telefónica di Sepanyol. Menurut jurucakap syarikat itu, Leticia López, Telefónica telah pun memulakan projek menaik taraf sistem rangkaian dan meletakkan pelayan (server) berhampiran kepada pengguna.

Telefónica juga menggunakan aplikasi pengurusan trafik yang memberikan data sebenar (real time).

5. Teknologi yang menyelamatkan

Di Sepanyol, hampir separuh jumlah kematian akibat dari kemalangan jalan raya melibatkan pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal.

Menurut sebuah persatuan automotif 5G antarabangsa, melalui teknologi 5G kadar kemalangan dapat dikurangkan sehingga 68 peratus.

Kata kunci di sini ialah teknologi dan bagaimana kita dapat mengeksploitasi untuk kehidupan lebih baik.

 

SEAT 5G

 

Di sini kita boleh lihat, jika komunikasi berkesan dapat mengelakkan konflik sesama manusia, kenapa tidak kaedah yang sama diaplikasikan pada kenderaan?

Ia boleh dilakukan melalui rangkaian 5G dan IoT.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut teraju utama dan juga CEO Proton, Dr Li Chunrong, kerjasama dengan Maxis akan memberikan…
Berita Domestik
Kolaborasi itu akan meliputi pembangunan penyelesaian pengurusan armada, integrasi platform program…