Tekno Careta: Peredam stereng bantu kawal tankslapper

oleh Careta.my|
Peredam-stereng-
Peredam-stereng-
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peredam stereng (steering damper) Pernah nampak alat semacam penyerap kejutan atau absorber kecil pada hendal motosikal? Alat itu digelar peredam stereng, yang merupakan peranti redaman direka khas untuk menghalang pergerakan tidak diingini yang tidak terkawal, atau ayunan mekanisme stereng motosikal dari bergoyang-goyang kiri ke kanan.  Ia juga digunakan pada kereta, tetapi tidak kelihatan kerana selalunya dipasang pada rak stereng yang terletak di bawah kereta. Peredam stereng IMG_4852 Motosikal sports mempunyai jarak tapak roda yang pendek dan geometri stereng agresif untuk mendapatkan keupayaan membelok yang sangat cepat. Namun begitu ia mempunyai bahaya kesan sampingan yang membuat motosikal yang kurang stabil, dan lebih terdedah kepada maklum balas daripada permukaan jalan yang tidak rata, dan lebih sukar untuk dikawal. Jika roda depan terangkat dan kembali menyentuh jalan secara senget ketara dan menyimpang dari arah lurus ke hadapan, ia boleh menyebabkan goyangan atau olengan yang tidak diingini dan boleh menyebabkan penunggang dilontar oleh motosikalnya seperti 'high-side'. Pergerakan ini juga digelar 'tankslapper' yang jika diterjemah secara terus membawa maksud menampar tangki, walaupun sebenarnya tak bersentuhan dengan tangki. Ia amat berbahaya jika sudah sampai ke tahap luar kawalan. Saksikan video untuk memahaminya secara lebih jelas. [embed]https://youtu.be/I71Y2PfCuy8[/embed] Jika anda tak semena mena terperangkap dalam keadaan sedemikian, jangan menggunakan brek hadapan. Perlahankan motosikal dengan menutup pendikit dan biar enjin memperlahankan motosikal anda. Anda juga boleh menggunakan brek belakang secara sedikit demi sedikit, dan jangan sesekali membrek secara mendadak. Apabila motosikal anda mula perlahan, anda akan memperoleh kawalan motosikal anda semula. Peredam stereng menangani tingkah laku ini dan membantu memastikan motosikal terus lurus kehadapan. Ia juga membantu mengurangkan keletihan lengan dalam mengawal hendal motosikal anda. steering damper Satu hujung peredam dipasang pada pengikat stereng atau triple clamp, dan satu hujung lagi ke kerangka motosikal. Peredam linear menyerupai penyerap kejutan atau absorber teleskopik dan beroperasi dalam cara yang sama. Manakala peredam rotari pula menyerupai kotak kecil dan beroperasi secara berputar dan biasanya terletak di atas kepala stereng. Central_steering_damper