Tekno Careta: BLIS mampu bantu elak kemalangan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
BLIS: Blind Spot Information System Ia merupakan singkatan bagi Sistem Maklumat Titik Buta, satu sistem perlindungan yang dibangunkan awalnya oleh Volvo. Sistem pemantau titik buta ini adalah alat sensor yang mengesan kenderaan lain-lain terletak di sebelah pemandu dan juga belakang. Amaran akan diberikan kepada pemandu samada dalam bentuk visual, bunyi yang boleh didengar, getaran stereng dan sebagainya. [caption id="attachment_5593" align="alignnone" width="620"]Motosikal tersebut berada dalam kawasan titik buta (blind spot) Motosikal tersebut berada dalam kawasan titik buta (blind spot)[/caption] Sistem ini mula diperkenalkan pada Volvo S80 sedan tahun 2007, dan menghasilkan lampu amaran apabila ada kereta yang memasuki titik buta, dengan menggunakan dua kanta yang dipasang pada pintu untuk memeriksa kawasan titik buta yang berkemungkinan berlaku perlanggaran. Volvo dulunya merupakan anak syarikat Ford Motor Company, yang turut menyesuaikan sistem itu untuk jenama Ford, Lincoln dan Mercury mereka. Mazda merupakan pengeluar kereta Jepun yang pertama menawarkan monitor pemantau titik buta, yang digelar mereka sesebagai "BSM" (Bilnd Spot Monitor - Pemantau Titik Buta). Ia pada mulanya diperkenalkan pada model Mazda CX-9 Grand Touring 2008 sehingga 2012. Bermula tahun 2013, BSM dipasang standard pada kedua-dua model Touring CX-9 dan model Touring Grand. Mazda juga menambah telah menggunakan BSM pada model Mazda 6 tahun 2009. Sejak itu Mazda telah mengembangkan penggunaan BSM kepada Mazda3, CX-5, MX-5 Miata model model lain, sebahagiannya sebagai  pakej pilihan. Mitsubishi pula menawarkan Blind Spot Warning (BSW) pada Pajero Sports yang dilancarkan pada 2016. Pakej Deria Keselamatan Toyota Motors, yang merangkumi Blind Spot Monitoring merupakan peralatan standard dalam pelbagai model kereta mereka.