Teknik menunggang motosikal ADV - Duduk atau berdiri? (Bahagian 2)

oleh HEZERI SAMSURI|
Di dalam artikel Bahagian 1, kita sudah pelajari kelebihan bila menunggang secara berdiri di kawasan offroad.

Namun begitu, seperti yang turut diberitahu, tidak semua keadaan memerlukan penunggang itu berdiri dan kadang-kala memang lebih baik untuk duduk.

Jadi, kenapa kita perlu duduk?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
sitting pretty jumping


Kerana ia boleh membuatkan anda hilang keseimbangan 

Dalam Bahagian 1, kita pelajari bahawa bila kita berdiri, berat badan penunggang tidak "terikat" dengan motosikal, dan ini memudahkan kita mencari keseimbangan dengan lebih cepat.

Namun begitu, sekiranya motosikal anda terlanggar bonggol besar yang anda tidak nampak, atau secara tiba-tiba roda hadapan masuk ke lubang yang besar dan dalam, motosikal akan terus terhenti.

Oleh kerana anda sedang berdiri, anda akan terhumban ke hadapan.

Sekiranya anda duduk, risiko untuk terhumban adalah lebih kecil, cuma isteri anda tidak berapa suka kerana bahagian di antara dua peha anda akan terpenyek teruk.

 

 

Kawalan handlebar

Palang bar atau handlebar adalah antara satu fungsi utama untuk mengemudikan motosikal anda dan tekanan yang anda letak pada salah satu hujung handlebar itu membantu kawalan arah motosikal.

Anda sebenarnya mendapat kawalan handlebar yang lebih baik bila anda duduk kerana lebih mudah untuk anda tekan hujung handlebar itu.

Bila berdiri, kita lebih menggunakan teknik menekan pada tempat kaki atau footpeg tetapi ia lebih lambat bertindak berbanding dengan menggunakan handlebar.

 

 

Kawalan kaki dan tangan

Kawalan kaki dan tangan juga lebih mudah bila anda duduk. 

Contoh terbaik, menukar gear lebih mudah dilakukan semasa duduk dari berdiri.

Penggunaan brek belakang sangat penting ketika menunggang offroad dan bila anda duduk, pedal brek kaki itu jauh lebih mudah untuk anda kawal tekanan kuat atau perlahannya.

 

 

Brek kecemasan

Ini kita tidak perlu bincang dengan panjang lebar kerana bila anda berdiri, anda tetap akan duduk untuk menghenyak brek depan dan brek belakang, bukan?

Brek kecemasan semasa berdiri juga memudahkan anda untuk membuat gaya "somersault" - terbang ke hadapan.

 

 

Bantuan kaki

Di kawasan berpasir dalam contohnya, kadang-kala anda akan mahu menggunakan sebelah kaki untuk menahan dari terjatuh.

Bila anda berdiri, adalah mustahil untuk anda lakukan teknik tersebut.

"Waddling" atau mengayuh dengan dua kaki ke bawah adalah antara salah satu teknik offroad dengan jentera dua roda dan ia tidak boleh dilakukan ketika anda berdiri.

 

 

Diharapkan anda faham kedua-dua teknik penunggangan ini. Menunggang secara berdiri di jalanraya awam sebenarnya merbahaya, apalagi bila dibuat dalam kelajuan tinggi.

Penunggang yang kurang matang akan berdiri hanya untuk menunjukan beliau "mahir".

Penunggang yang benar-benar mahhir pula tahu bila dia perlu duduk, bila dia perlu berdiri dan bila dia perlu berhenti.

Tunggang dengan selamat dan sentiasa berlatih agar anda lebih cekap!

Untuk mengetahui bila anda patut menunggang secara berdiri, sila baca artikel ini pula.

Teknik menunggang motosikal ADV - Duduk atau berdiri? (Bahagian 1)

* Artikel berdasarkan beberapa laman web antarabangsa dan pengalaman penulis 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara…
Telah Diuji
Mereka mula menggegarkan dunia menerusi pengenalan skuter X-ADV dengan sesaran enjin 750 cc, namun…
Pelancaran Motosikal
Desert X dikuasakan enjin Testastretta V-Twin 937 cc yang berupaya menghasilkan 110 hp @ 9,250 rpm…