Tecnomar for Lamborghini 63, sensasi kemewahan di atas air, kelajuan 60 knot!

oleh Muhammad Md Tajudin|
TECNOMAR FOR LAMBORGHINI 63
TECNOMAR FOR LAMBORGHINI 63
Kereta di atas darat sudah, set LEGO pun sudah dan kali ini giliran di permukaan air pula. Automobili Lamborghini dan The Italian Sea Group buat kali pertama mempertontonkan bot laju Tecnomar for Lamborghini 63.

Projek ini dibangunkan oleh The Italian Sea Group bermula dengan beberapa sesi kolaborasi bersama  Lamborghini Centro Stile (Pusat Reka Bentuk Lamborghini) dan diinspirasi dari Lamborghini Sián FKP 37.

Bot ini dilengkapi dua enjin MAN V12 2000hp dengan kelajuan mencecah 60 knot (111 km/j) dan bakal menjadi siri Tecnomar paling laju.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
TECNOMAR FOR LAMBORGHINI 63

 

Berat bot yang berukuran 63 kaki hanya 24 tan dan berada dalam kategori ultra ringan hasil daripada penggunaan gentian karbon yang merupakan bahan sinonim pada kenderaan Lamborghini.

Dari segi reka bentuk, bot ini membawa terjemahan semula gayaan Marcello Gandini pada Miura dan Countach era-60an dan 70an dalam bentuk kontemporari.

Rekaan bumbung (hard top) diinspirasi dari model roadster Lamborghini bagi melindungi daripada matahari dan angin dan pada sama memberikan prestasi aerodinamik yang berkesan.

Lampu penanda (bow light) yang digunakan adalah penghormatan kepada kereta konsep Terzo Millennio dan Sián FKP 37 yang kedua-duanya distingtif dengan lampu depan bercorak Y.

 

TECNOMAR FOR LAMBORGHINI 63

 

Bahagian dalaman pula membawa konsep teknologi tinggi dengan garisan kemas dan bentuk heksagon dan Y yang merupakan identiti Lamborghini.

Panel instrumen bot ini direka ala kokpit kereta dalam gayaan nautika dengan integrasi navigasi dan sistem kawalan.

Sama seperti kereta Lamborghini, perincian daripada gentian karbon dan bahan Lamborghini’s Carbon Skin™ diguna pada kerusi sport dan pada stereng dengan gayaan ala kereta sport dari Itali itu.

 

TECNOMAR FOR LAMBORGHINI 63

 

Butang penghidup dan pemati enjin (start/stop) adalah sama seperti yang diguna bagi menghidupkan enjin Lamborghini.

Pada bahagian luar pelanggan boleh menyesuaikan (customize) dengan pelbagai pilihan warna dan grafik.

Harga rasmi Tecnomar for Lamborghini 63 belum didedahkan dan unit pertama akan tersedia pada awal 2021.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

TECNOMAR FOR LAMBORGHINI 63

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan kapal layar mewah yang paling menawan datangnya dari Lamborghini, atau lebih tepat…