Teaser Volvo V60 T8 Recharge didedahkan, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi laman media sosial Facebook, Volvo Car Malaysia telah memuatnaik sekeping gambar yang merujuk kepada Volvo V60 yang bakal dilancarkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada rakan media Paultan, kelibat model wagon itu sebenarnya telah pun dikesan beberapa kali di atas jalan raya kita dua tahun yang lalu.

 


Model berbumbung panjang ini juga mungkin akan mengikut jejak langkah kembar sedannya Volvo S60, di mana Volvo Car Malaysia telah pun melancarkan versi pemasangan tempatan (CKD) dalam varian plug-in hybrid T8.

Mengikut spesifikasi S60 CKD, ia hadir dengan trenkuasa T8 Twin Engine 2.0 liter dengan pengecas turbo dan pengecas lampau yang mampu menghasilkan 320 hp dan 400 Nm.
 

Volvo V60


Dengan bantuan motor elektrik, output keseluruhan adalah sekitar 407 hp dan 640 Nm.

Nantikan kemaskini berhubung pelancaran model wagon ini kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…