Teaser rasmi Iriz, Persona 2021 facelift didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali gambar model facelift terbaharu kembar segmen B Iriz dan Persona 2021 terbocor, kali ini baharulah Proton mendedahkan teaser rasmi semenjak kali terakhir menerima kemaskini facelift pada tahun 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Difahamkan, kedua-dua model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Ogos ini menerusi siaran langsung di Facebook Proton.

 


Berdasarkan video ringkas yang dimuatnaik, kita dapat melihat dengan lebih jelas perubahan yang dibawakan pada Iriz dan Persona, di mana kedua-duanya bakal membawakan logo baharu Proton yang berbentuk bulat pada bahagian hadapan.

Proton Iriz 2021 kini membawakan penampilan yang lebih ke arah sebuah SUV dengan penambahan cladding plastik yang turut terpasang pada arka roda, diikuti dengan rel bumbung dan dikemaskn dengan rekaan rim yang agresif.

 

Persona


Sementara penampilan Proton Persona pula dikemaskan dengan rim bersaiz 16 inci yang lebih besar berbanding model terdahulu.

Ruang kabin pula mendapat perubahan yang agak besar, di mana terdapat skrin infotainmen jenis terapung dengan antaramuka yang jauh lebih moden dan arahan suara yang mampu menyokong operasi membuka tingkap kereta dan pendingin hawa.

Sementara konsol tengah pula kini boleh menempatkan sehingga tiga botol air (atau cawan) bersebelahan dengan tuil brek tangan, manakala pada tuil gear pula terdapat slot pemilihan gear S menggantikan L.

 

Iriz


Sesuai dengan imejnya sebagai 'crossover aktif', Proton mendatangkan kemasan tempat duduk separa kulit yang dikemaskan dengan jahitan berwarna merah, manakala untuk Persona pula didatangkan dengan kemasan kulit berwana perang.

Perincian penuh hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi pada 5 Ogos ini, jam 11.00 pagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Difahamkan, 5 Series Touring boleh didapati secara eksklusif di pasaran Eropah, Jepun dan Taiwan…