Teaser: Mitsubishi Outlander diuji atas laluan off-road, pelancaran rasmi bulan depan

oleh Mohamad Hanif|
Sudah terang lagi bersuluh generasi baharu Outlander akan menampilkan persamaan rekaan dengan model konsep Engelberg Tourer yang diperlihatkan secara rasmi pada tahun 2019 yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu video teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Mitsubishi, generasi baharu Outlander ini dilihat sedang diuji atas pelbagai jenis laluan dan muka bumi yang pelbagai seperti salji, lumpur, kerikil dan laluan berair.  

Dengan tagline terbaharu "Tested to be Tough", Mitsubishi Outlander generasi keempat bakal menjadi sebuah off-roader yang lebih kompeten selari dengan imej agresif yang dibawakan pada model konsep Engelberg Tourer.

Apa yang menjadi rahsia pada ketika ini adalah reka bentuk dalaman Mitsubishi Outlander yang masih lagi belum ditunjukkan secara rasmi.

 


Namun, berdasarkan klip berdurasi 15 saat itu, kita dapat melihat kelibat susun atur papan pemuka Outlander yang menampilkan skrin ala tablet yang diposisikan di bahagian tengah, berbeza daripada apa yang ditampilkan pada Outlander generasi terkini.

Sebelum ini, Mitsubishi dilaporkan akan menggunakan platform daripada Rogue untuk membangunkan Outlander generasi baharu, dengan trenkuasa plug-in hybrid terdiri daripada enjin 2.4 liter serta jarak operasi sifar emisi sejauh 70 km.

Mitsubishi bakal memperlihatkan secara rasmi Outlander generasi baharu ini pada tanggal 16 Februari, 2021.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah populariti model SUV Outlander…