Teaser iX1 didedahkan - EV BMW aras mula, jarak gerak 438 km, bakal muncul lewat tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Crossover aras mula daripada BMW, X1 bakal mendapat model versi elektrik iX1 yang dijangka tiba menjelang penghujung tahun ini, sejurus selepas pelancaran model generasi baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sekeping gambar teaser turut didedahkan yang menampilkan garis badan yang bersegi, grafik LED yang agresif, rekaan gril buah pinggang yang besar, serta bampar dengan elemen biru - sama seperti model iX3 facelift.

Menurut Oliver Zipse selaku pengerusi lembaga pengurusan BMW AG, BMW X1 akan diperlihatkan pada penghujung tahun 2022 bersama-sama model mercu XM, 3-Series facelift dan juga SUV X7.

BMW iX1 dijangka membawakan teknologi eDrive generasi kelima dengan jarak operasi sekitar 412 km hingga 438 km (mengikut data WLTP).

Selain iX1, BMW turut menawarkan X1 dengan pilihan trenkuasa petrol, diesel, serta tidak ketinggalan versi plug-in hybrid, terima kasih kepada platform UKL/FAAR yang turut sama digunakan pada model-model kompak BMW dan MINI.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
iX1 menampilkan sistem eDrive BMW yang dilengkapi dengan dua motor elektrik pada roda hadapan dan…
Berita Global
Biarpun masih lagi mengekalkan perkadaran seperti model asal, rekaan luaran BMW X1 (serta iX1)…