Teaser Ford Ranger Raptor didedah lagi, pelancaran 22 Februari ini

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua Ford Ranger Raptor bakal dilancarkan pada tanggal 22 Februari ini, dan Ford telah memuat naik sebuah lagi video teaser ringkas di saluran YouTube.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kali ini, kita dapat mendengar dengan lebih teliti runut bunyi yang bakal dihasilkan oleh Ranger Raptor, berdasarkan perubahan trenkuasa yang bakal ditawarkan kelak.

Sebelum ini, Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin diesel turbo 2.0 liter yang mampu menghasilkan 210 kuasa kuda dan 500 Nm.

Namun untuk penawaran terbaharu, Ranger Raptor dijangka bakal mendapat nadi bentangan V6 EcoBoost dengan kuasa melebihi 400 hp daripada Bronco Raptor.

 


Sama seperti Ranger Raptor yang terdahulu, anda boleh menjangkakan Ranger Raptor 2023 penuh dengan pelbagai jenis naiktaraf untuk pemanduan off-road yang lebih ekstrem.

Terdapat ura-ura yang mengatakan Ford juga sedang membangunkan sebuah lagi varian Ranger Raptor yang lebih berkuasa untuk menyertai F-150 Raptor R yang dijadualkan pelancarannya pada tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…
Model Terbaharu
Ford Ranger Raptor yang dijual masa kini ditawarkan dengan enjin 3.0L V6 turbo berkembar…