Teaser Civic Hatchback 2022 - bayangan Civic Type R sudah hampir?

oleh Mohamad Hanif|
Honda telah mendedahkan tiga keping gambar acah yang merujuk kepada Honda Civic Hatchback 2022 sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 23 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti kembar sedannya, Honda Civic Hatchback ini bakal membawakan rupa paras yang lebih matang dan elegan di bahagian hadapan, sementara rupa belakang varian hatchback ini bakal membawakan sedikit perbezaan dengan garis bumbung yang lebih melandai.

 


Honda juga turut mengesahkan Civic Hatchback baharu bakal dibina di kilang Indiana, Greensburg, menjadikan ia pertama kali Honda memasang model tersebut di Amerika Syarikat.

Sementara Honda Civic Sedan 2022 pula sedang dibina di kilang Alliston, Ontario, Kanada.

Honda Civic Hatchback 2022 ini bakal membawakan penawaran trenkuasa yang sama seperti model sedan, di mana varian aras mula menampilkan enjin 2.0 liter (158 hp) sementara varian yang lebih berkuasa pula datang dengan enjin 1.5 liter turbo (180 hp).

 


Kedua-dua versi datang standard dengan transmisi CVT, namun transmisi manual pula mungkin akan dikhususkan untuk penawaran Honda Civic Type R serba baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Difahamkan, 5 Series Touring boleh didapati secara eksklusif di pasaran Eropah, Jepun dan Taiwan…