Teaser: Adakah ini gambar model produksi sebenar Lexus LF-30?

oleh Mohamad Hanif|
Acara Tokyo Motor Show 2019 merupakan tahun di mana Lexus memperkenalkan secara rasmi sebuah model konsep berkuasa elektrik dari masa hadapan yang digelar sebagai Lexus LF-30 Concept.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia membawakan konfigurasi empat motor elektrik terbina dalam tayar, sekaligus menjadikan LF-30 ini sebuah EV dengan sistem pacuan semua roda yang boleh ditetapkan kepada pacuan roda belakang, atau depan, atau kesemuanya sekali.

Gambar acah pertama telah pun didedahkan oleh Lexus pada penghujung tahun lalu, serentak dengan pengumuman model EV baharu oleh Toyota yang bakal menggunakan platform e-TNGA.

Seperti biasa, tidak banyak informasi didedahkan, namun Lexus baru-baru ini telah memperlihatkan sebuah lagi gambar teaser yang memaparkan bentuk belakang kenderaan tersebut.

Selain daripada perkataan Lexus yang beriluminasi, ia juga menampilkan lip spoiler terintegrasi serta susunan lampu LED yang nipis melintangi bahagian tersebut.

 


Lexus setakat ini tidak menyebut apakah genre yang bakal digunakan untuk model terbaharu ini, dan sekilas pandang ia berkemungkinan besar lebih cenderung untuk menyerupai sebuah coupe atau sedan berbanding sebuah SUV.

Melengkapi model EV tersebut adalah sistem pacuan yang digelar sebagai Direct4, sistem yang direka khusus untuk kegunaan kenderaan elektrik tulen (EV) dan kereta hibrid Lexus pada masa akan datang.

Satu perkara yang menarik perhatian adalah kehadiran lekukan pada garis bumbung, memberikan bayangan bahawa ia bakal dilengkapi dengan rekaan pintu jenis gullwing.

Ia secara tidak langsung mengingatkan penulis kepada rekaan pintu gullwing yang serupa terdapat pada model Lexus LF-30 Concept yang dipamerkan dua tahun lalu.

 

 


Jadi, adakah teaser yang didedahkan ini sebuah model produksi sebenar untuk Lexus LF-30 Concept 2019?

Berita Berkenaan

Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…
Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…