Team MotoGP Petronas Yamaha SRT - dapat layanan istimewa dari Yamaha

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Umum mengetahui Team Petronas Yamaha SRT ialah pasukan satelit pertama Yamaha yang menerima motosikal yang hampir sama dari segi teknikal dengan pasukan rasmi Yamaha sendiri (factory team).

Walaupun jentera factory Yamaha itu pastinya mempunyai sedikit kelebihan agar ia tidak mampu dikalahkan oleh motosikal dari pasukan satelit, namun ianya adalah kali pertama sebuah pasukan mendapat jentera perlumbaan yang hampir sama.

Proses kewujudan pasukan MotoGP Malaysia ini juga pantas dilakukan dan Careta hari ini diberitahu dari sumber yang rapat dengan pasukan Petronas Yamaha SRT bahawa projek ini mendapat bantuan dari pelbagai pihak tetapi paling utamanya ialah dari keakraban pasukan Sepang International Circuit dan juga Petronas dengan Yamaha. 

Pasukan MotoGP ini mempunyai lebih dari 40 orang kru yang akan berada di setiap litar dan acara MotoGP. 

Tiga dari kru tersebut ialah rakyat Malaysia sendiri. 

Menurut Cyril Antony Francis, Ketua Pemasaran, Rakan Kongsi dan Hospitaliti untuk Petronas Sepang Racing Team, pasukan ini memang merancang untuk memastikan akan ada wakil Malaysia di bahagian teknikal untuk menyokong kru MotoGP ini. 

“Kami sudah nampak beberapa calon yang sesuai dan memang kami akan pastikan akan ada pembabitan yang lebih dari rakyat Malaysia sendiri untuk pasukan MotoGP ini,” ujar Cyril semasa ditemui ketika sesi lawatan ke pit pasukan MotoGP Petronas Yamaha SRT. 

Careta akan terus mengikuti perkembangan pasukan ini. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…