Team Classic Suzuki ubah jentera WSB GSX-R1000 jadi Katana!

oleh Mohamad Hanif|
Sukar untuk menjalankan apa jua perancangan yang telah ditetapkan, pihak Team Classic Suzuki membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang unik sepanjang tempoh halangan pergerakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan hasil projek one-off pasukan tersebut membuatkan anda akan menyangka ia adalah sebuah Suzuki Katana yang sebenar.

Disebalik rupa Katana yang ikonik itu adalah sebuah jentera WSBK GSX-R1000 tahun 2008 dengan rangka dan enjin empat silinder sebaris yang diperoleh daripada Alstare Racing.

 


Projek yang mendapat sokongan penuh daripada Suzuki Vintage Parts ini menampilkan penggunaan lengan ayun bespoke dan sub-rangka yang datangnya daripada Alpha Performance Fabrications, membenarkan penggunaan suspensi olskool twin-shock di bahagian belakang - sama seperti model Katana terdahulu.

Penyerap hentak berwarna emas itu pula dibekalkan oleh  Öhlins.

 


Enjin asal berkuasa 200 hp itu telah dbina semula oleh mengikut spesifikasi asal sebelum dipadankan dengan manifold spesifikasi WSB, ekzos daripada Racefit dan elektronik daripada Yoshimura EM Pro.

Menurut pasukan tersebut, penggunaan elektronik Yoshimura EM Pro itu membolehkan jentera ni lebih mudah untuk dikendalikan di atas jalan raya.

Aspek pengendalian diteruskan dengan penggunaan rim tiga jejari Dymag CH3, serta sistem brek daripada Brembo.

 


Jika anda perhatikan, tempat pemijak kaki belakang jentera ini telah direka secara kustom, sementara bahagian hadapan pula merupakan komponen asal Katana daripada Suzuki Vintage Parts Programme dan dilebarkan sebanyak satu inci.

Akhir sekali, jentera 'Katana' moden ini telah dilayangkan dengan warna perak, diikuti penampilan logo Katana dan logo Suzuki berwana merah.