TC Subaru tawar waranti komprehensif lima tahun untuk kenderaan baharu Subaru

oleh Mohamad Hanif|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan jenama Subaru di Malaysia mengumumkan jaminan perlindungan komprehensif kepada kenderaan Subaru yang baharu didaftarkan kepada lima tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana terdahulu). 

Waranti lima tahun ini tertakluk kepada mana-mana model yang dipasang tempatan atau unit import sepenuhnya oleh TC Subaru dan pengedar-pengedar yang bertauliah. 

Para pelanggan yang sudah pun menempah dan membeli kenderaan mereka bermula daripada 25 April 2019 secara automatik akan turut dimasukkan ke dalam program baharu ini. 

Harus diingatkan supaya para pelanggan Subaru patuh kepada jadual servis berkala yang ditetapkan, termasuklah menggunakan alat ganti tulen dan disahkan oleh TC Subaru. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.subaru.asia/my/en/promotions/sales/70/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 1 September hingga 31 Oktober ini, pelanggan dapat memanfaatkan tawaran istimewa itu…
Berita Global
Jadi, sudah tentu anda fikir kerosakan mekanikal yang dialami selepas pemanduan berprestasi akan…
Berita Domestik
Careta merasakan tawaran ini adalah terlalu "perfect", dan kerana itu kami menghubungi MyTukar di…