Tayar terbaharu Michelin X Multi Z 2 untuk jentera berat

oleh SALINA JALIL|
Michelin hari ini mengumumkan pelancaran tayar trak X Multi Z 2 yang merupakan penambahan baharu dalam barisan produk jenamanya di rantau Asia Timur dan Australia.


Dilengkapi dengan inovasi teknologi terbaharu, tayar serbaguna ini menawarkan jangka hayat yang terpanjang serta prestasi yang dinaik taraf. Model terbaru ini memberikan tiga inovasi iaitu Regenion, Infinicoil dan HT Nylon.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Regenion merupakan teknologi Michelin yang meliputi aluran (grooves) tayar berlainan bentuk bagi menjamin canggaan (deformation) bunga tayar yang minimum sekaligus menyumbang kepada rintangan guling yang lebih rendah dan penjimatan bahan api.

 

Infinicoil pula meningkatkan tahap keteguhan tayar menerusi lapisan bunga tayar yang diperkukuhkan dengan dawai keluli sepanjang 400 meter (bergantung kepada saiz tayar) di dalam selongsongnya.

 

HT Nylon adalah untuk meningkatkan ketahanan lekuk (bead) tayar yang bukan sahaja membantu mengurangkan kadar kerosakan tayar berkaitan penggunaan jarak jauh/berkelajuan tinggi serta kitar penggunaan berterusan sebanyak 10 peratus, malah meningkatkan tahap keupayaan untuk mencelup (retreadability) tayar berkenaan.

 

“Saya yakin bahawa MICHELIN X MULTI Z 2 bakal merevolusikan pasaran tayar trak di seluruh rantau ini dengan keupayaan luar biasanya, serta nilai yang dibawakan buat pelanggan-pelanggan perusahaan jentera berat,” kata Muhammad Arya Subrata, selaku Pengarah Komersial Antara Perniagaan Michelin Malaysia.

 

Di Malaysia, Michelin X Multi Z 2 terbaharu kini boleh didapati dalam dimensi 11R22.5 menerusi wakil pengedar tayar trak Michelin yang bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 29 Februari 2024, pelanggan yang membeli dua tayar MICHELIN bersaiz 18 inci…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkata, "BFGoodrich Advantage Touring…
Pelancaran
Tayar baharu ini dirumus khas untuk pemilik jentera roadster, motosikal kembara, sportbike dan…