TAYAR PRESTASI TINGGI FALKEN AZENIS FK510, KHUSUS UNTUK PEMANDUAN BERPRESTASI DAN PERMUKAAN BASAH!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tidak semua tayar dicipta sama walaupun kesemuanya berfungsi dalam menghubungkan kuasa enjin kenderaan anda ke atas jalan raya.

Walaupun tayar berbentuk sama sahaja, binaan, material dan corak bunga juga tidak sama dari satu tayar ke satu tayar lain.

Perbezaan ini bergantung kepada kegunaan seperti pemanduan umum khusus dalam memberikancengkaman ekstra untuk pemanduan berprestasi dan di atas permukaan basah.

Sebagai contoh, tayar terbaru Falken Azenis FK510 Ultra High Performance Tyres adalah dibina khusus untuk pemanduan berprestasi dan di atas permukaan basah.

Tayar Falken Azenis FK510 sudah mula boleh dibeli sejak Jun 2018 dan ia dibangunkan khusus untuk kereta mewah, sport, sporty dan SUV mewah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Falken Azenis FK510 Ultra High Performance Tyres

Buat mereka yang biasa dengan tayar berprestasi pasti sudah mengenali label Azenis yang berada dalam kategori Ultra High Performance (UHP) tyres.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Stamford Tyres, Cham Soon Kian sewaktu pelancaran mereka bangga dapat memperkenalkan tayar ini kepada pengguna tempatan.

“Kami berbesar hati dapat menawarkan tayar perdana generasi baharu ini ke Malaysia.FK510 direka untuk pemilik kenderaan premium yang memerlukan cengkaman cemerlang dan prestasi luar biasa.” kata Cham Soon Kian.

Apakah yang membuatkan tayar Falken Azenis FK510 ini luar biasa?

  1. Teknologi Reka Bentuk 4D Nano - Cengkaman dan Keselesaan Pemanduan
Falken Azenis FK510 Ultra High Performance Tyres

Corak bunga tayar yang memanjang dan fleksibiliti dining tepi yang ditambah baik pada Azenis FK510 dapat memberikan respon yang seimbang dan keharmonian terutama sekali semasa mengambil selekoh dan perubahan bebanan.

Reka bentuk tersebut turut memberikan keselesaan pemanduan dan menyumbang kepada jarak membrek yang pendek dan menambah kelancaran.

Jurutera Falken telah menggunakan Teknologi Reka Bentuk 4D Nano bagi membangunkan sebuah kompaun tayar hebat dengan menawarkan cengkaman yang cemerlang dan memaksimumkan penggunaan tayar.

  1. Blade Sipes (Potongan Kecil) Yang Melindungi Daripada Aquaplaning

Tayar Azenis FK510 mempunyai ciri-ciri termaju yang direka supaya dapat beraksi cemerlang di atas permukaan basah dan perlindungan yang baik daripada aquaplaning (hilang kawalan apabila melanggar lopak air).

Bunga tayar Azenis FK510 mempunyai nisbah negatif lebih tinggi yang digabungkan dengan sejumlah alur (circumferential grooves) dan corak kontur sisi atau bahu dengan bentuk membulat.

Blade Sipes atau potongan kecil pada blok tayar pula mengoptimumkan cengkaman sewaktu melalui selekoh dan menyingkirkan air di atas permukaan jalan raya dengan lebih aktif.

  1. Teknologi Kekerapan Tekanan Adaptif (Adaptive Constant Pressure/ACP) - Untuk Dinamika Pemanduan
Falken Azenis FK510 Ultra High Performance Tyres

Para jurutera Falken membangunkan tayar Azenis FK510 sebagai lambang kepada visi mereka untuk sebuah corak tayar yang maju dan canggih.

Corak tayar yang mereka hasilkan memastikan pengagihan tekanan angin dalam tayar secara konsisten ke seluruh bahagian.

Dikenali sebagai ACP (Adaptive Constant Pressure), teknologi yang digunakan pada corak tayar canggih ini memperbaiki prestasi pembrekan, kestabilan arah dan dinamika pemanduan.

  1. Direka Untuk Pemilik Kenderaan Prestasi dan Premium

Tayar berprestasi tinggi Azenis FK510 adalah gantian kepada tayar FK453. Tayar ini sesuai untuk pelbagai kereta prestasi dan premium dengan 86 saiz kesemuanya daripada 17 inci hingga 22 inci.

Tidak kira jenama timur atau barat seperti Toyota, Lexus, Mazda, Honda, Nissan, Audi, BMW, Mercedes-Benz semuanya ditawarkan mengikut kereta yang anda miliki.

Selain itu Falken juga tidak lama lagi akan melancarkan tayar FK510 khusus untuk SUV dan crossover.

  1. Diktiraf Pelbagai Pihak dan Kerjasama Dengan Kelab Bolasepak Liverpool

Walaupun masih baru di pasaran, tayar Azenis FK510 telah pun diiktiraf pelbagai pihak. Para penguji di majalah automotif Jerman iaitu Autozeitung telah memberikan label ‘Highly Recommended’ untuk tayar ini.

Majalah Auto Bild dalam sesi ujian tayar musim panas pula meletakkan tayar Azenis FK510 di kedudukan tiga teratas dan meraih rating Exemplary.

Selain dua majalah tersebut, tayar Falken Azenis FK510 mendapat tempat di dalam majalah kereta berpengaruh Jerman, Auto, Motor and Sport.

Majalah tersebut meletkkan Azenis FK510 di tempat kedua di dalam ujian yang melibatkan 52 tayar.

Falken Azenis FK510 berada di tempat kedua di belakang Michelin Pilot Sport4 sekaligus bermakna tayar terbaru keluaran Falken ini berjaya mengatasi pelbagai jenama terkenal lain.

Falken Azenis FK510 juga cemerlang setelah diuji syarikat pemeriksaan kenderaan dari Jerman iaitu GTU ().

GTU meletakkan Falken di tempat pertama di dalam ujian yang melibatkan 11 model tayar berbeza.

Falken dan LFC

 

Satu lagi perkara menarik tentang Falken ialah program penajaan Kelab Bolasepak terkenal iaitu Liverpool (LFC).

Program ini adalah sebahagian daripada penjenamaan semula Falken sebagai sebuah jenama yang penuh tenaga dan pencabar berteknologi tinggi buat pesaing lain yang sudah lama berada di dalam industri tayar.

Kerjasama yang dimeterai pada 17 Julai 2017 menyaksikan Falken menjadi rakan global dan rakan tayar rasmi Liverpool FC seterusnya meningkatkan profail Falken di kalangan sekitar 771 juta peminat kelab bersejarah itu.

Kerjasama ini juga dapat membantu Falken di pasaran global seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Secara kesimpulannya, tayar Falken Azenis FK510 ini datang daripada jenama yang terkenal dan dibina khusus untuk mereka yang gemarkan pemanduan berprestasi dan juga pemilik kenderaan premium.

Cengkaman dan prestasi di permukaan basah adalah dua perkara penting sewaktu memandu dan pihak daripada Jerman sendiri telah mengiktiraf Falken Azenis FK510 sebagai di antara tayar yang terbaik!

Untuk sebarang rujukan mengenai tayar Falken sila layari laman web www.stamfordtyres.com.my atau laman Facebook Falken Malaysia. Untuk pertanyaan pula sila hubungi: 03-5569 3094 / 03-5569 3397

Penulis: Muhamad Md Tajudin