Tayar Myvi popular dicuri

oleh HEZERI SAMSURI|

Nampaknya kes kecurian tayar bukan sahaja semakin kerap terjadi di kawasan Putrajaya, tetapi di Pulau Pinang juga.

Menurut laporan akhbar Cina Guang Ming Daily, lebih dari 20 unit Perodua Myvi telah menjadi mangsa kecurian tayar dan rim dalam masa terdekat ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kes-kes tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama berdasarkan modus operandi yang digunakan.

Myvi itu dinaikkan ke atas batu bata sebelum tayarnya dicuri dalam masa beberapa minit sahaja.

Untuk mengelak perbuatan mereka dari dihidu, pencuri tersebut memilih untuk melakukannya di kawasan parkir kondominium dan flet, terutama yang tidak mempunyai kamera CCTV.

Namun begitu, ada juga pemilik-pemilik Myvi yang berkata kereta mereka diletakkan di pinggir jalan dan tayar mereka tetap dicuri.

 

 

Pihak polis berkata hanya satu laporan diterima. Polis menasihatkan agar mangsa membuat laporan agar pihak polis boleh dengan segera memantau dan menyiasat fenomena itu.

Menurut akhbar berbahasa Mandarin itu lagi, seorang pekerja kedai tayar berkata tayar lama Myvi berharga dalam lingkungan RM350 untuk empat unit.

Jika baharu, kosnya boleh mencecah hampir RM1,000, bergantung kepada jenama tayar.

Mungkin kerana permintaan yang tinggi dari pasaran kerana Myvi adalah antara kenderaan paling popular di Malaysia, dengan jualan melebihi 1 juta unit.

Careta menasihatkan pemilik kereta untuk menggunakan kunci skru tayar bagi menyukarkan kerja pencuri-pencuri.

Untuk yang beragama Islam, jangan lupa doa anda.

 

* Gambar dan laproan asal dari Guang Ming Daily. Cuba baca laporan mereka di pautan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…