Tayar monorel jatuh sebelum terbakar

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Suasana gempar seketika di Jalan Tun Razak apabila tayar monorel terjatuh sebelum terbakar dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa dekat Kuala Lumpur pada Selasa.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada jam 12.57 tengah hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel telah terjatuh sebelum terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Nooridzwan berkata, anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

"Kebakaran kemudian dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera. Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa yang terlibat.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

 

Sinar Harian