Tayar Michelin Power 5, GP, Cup2 & Slick2 kini di Malaysia - bermula dari RM423

oleh Mohamad Hanif|
Michelin selaku pengeluar tayar terkemuka di dunia telah melancarkan empat buah produk tayar motosikal sekaligus iaitu Power 5, Power GP, Power Cup2 dan Power Slick2 yang disasarkan kepada para pencinta kelajuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ross Shields, Pengarah Komersial 2 Roda Michelin Asia berkata, "keempat-empat produk baharu ini membawakan ciri penampilan dan rekaan bunga tayar yang sporti, serta menawarkan prestasi yang lebih stabil terutama pada kelajuan tinggi.

"Semenjak kepulangan Michelin selaku pembekal tayar rasmi MotoGP pada tahun 2016, syarikat kami berterusan menggunakan kemajuan teknikal yang dicapai dari medan perlumbaan untuk dicurahkan kepada produk tayar motosikal jalanan, dan ini dibuktikan menerusi pelancaran empat buah produk baharu Michelin.

Michelin Power 5 dan Power GP merupakan tayar berorientasikan jalan raya yang menggunakan kompaun getah inovatif yang merangkumi penggunaan bahan silika dan karbon hitam.

Manakala Michelin Power Cup2 dan Power Slick2 pula merupakan tayar yang dihasilkan khusus untuk kegunaan di litar.

 


Secara kasarnya, spesifikasi keempat-empat tayar adalah seperti berikut:

Michelin Power 5

  • 100% jalan raya
  • menawarkan tunggangan yang menyeronokkan atas jalan kering, lebih selamat di atas jalan basah
  • nisbah tread void - 11%

Michelin Power GP

  • tayar 50% jalan raya, 50% litar
  • terbukti menawarkan prestasi terbaik untuk kondisi kering dan basah
  • nisbah tread void - 6.5%

Michelin Power Cup2

  • tayar 10% jalan raya, 90% litar (tayar trek yang halal digunakan atas jalan raya)

Michelin Power Slick2

  • tayar 100% kegunaan litar
  • dikhususkan untuk aktiviti trackday, dengan masa pemanasan yang lebih pantas

 


Keempat-empat produk ini berkongsi satu teknologi yang umum, iaitu senibina ACT+, kompaun bunga tayar berkembar 2CT+, rekaan bunga yang dioptimasikan dengan komputer, serta sidewall unik 'Premium Touch Technology' dari Michelin yang mampu mencipta kontras estetik serta bayangan hitam dengan menggunakan efek velvet.

Produk baharu di dalam rangkaian tayar motosikal Michelin Power kini boleh didapati di kesemua pengedar sah Michelin di seluruh negara, dengan harga jualan bermula dari RM423 sehingga RM706 per unit.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…
Berita Global
  Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang…