Tayar Michelin bakal diperbuat daripada bahan plastik botol kitar semula

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kerjasama dengan syarikat biokimia Perancis Carbios, Michelin nampaknya telah menemukan resepi untuk membangunkan produk tayar daripada bahan kitar semula.

Bahan yang dimaksudkan itu adalah plastik yang dikitar semula di mana dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Carbios, polyethylene terephthalate (PET) yang biasa digunakan pada botol dan pakaian poliester boleh digunakan semula menjadi poliester berketahanan tinggi yang sesuai digunakan untuk produk tayar.

Kelebihannya? Tahan pecah, lebih kuat dan kestabilan haba yang lebih baik.

Menurt pengarah penyelidikan polimer Michelin, Nicholas Seeboth menjelaskan, "Kami berasa amat berbangga untuk menjadi yang pertama menghasilkan dan menguji bahan gentian yang dikitar semula untuk produk tayar.

"Dengan teknologi enzim daripada Carbios, tayar yang ditambahbaik dengan polimer berteknologi tinggi ini menunjukkan keupayaan prestasi yang setanding dengan bahan yang diperoleh daripada industri minyak.

Michelin mensasarkan 40 peratus daripada pengeluaran produknya terdiri daripada bahan yang dikitar semula menjelang 2030 dan 100 peratus menjelang tahun 2050.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara yang berlangsung dalam talian ini dibuka 24 jam setiap hari sehingga akhir tahun 2021.…
Berita Domestik
Selain daripada itu, Michelin juga turut mengurangkan penggunaan jumlah bahan yang digunakan dalam…
Berita Global
Tayar tersebut bakal digunakan di dalam perlumbaan endurance GreenGT Mission H24 yang terdiri…