Tayar lori meletup dan tercabut, kelindan maut, pemandu parah

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Kosmo
Seorang kelindan maut, manakala pemandu parah di bahagian muka selepas tayar lori yang dinaiki mereka meletup dan tercabut di Kilometer 212.5 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), hari ini (Selasa).


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa, K. Gunalan, 48, meninggal dunia di tempat lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pemandu lori, Moritin Bulahong, 25, bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan.

 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar lori jenis Mitsubishi Fuso dinaiki kedua-dua mangsa tiba-tiba meletup dan tercabut dari kenderaan tersebut.

 

Katanya, akibat kejadian itu lori yang membawa muatan sos dan kicap tersebut telah hilang kawalan lalu terseret sebelum terbalik di lorong kanan.

 

“Sebuah lagi lori membawa muatan bateri kereta yang berada di lorong tengah cuba mengelak lori sos tersebut, namun gagal dan melanggar bahagian kiri kenderaan terbabit,”katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

 

Mengulas lanjut beliau berkata, mayat kelindan terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

 

“Kenderaan yang terlibat akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kerosakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Livingston menambah bahawa faktor suhu permukaan jalanraya yang meningkat kerana matahari dan juga…
Berita Domestik
  Ketika kejadian, semua pelajar Kolej Matrikulasi Kedah itu dalam perjalanan balik dari Kelantan…
Berita Domestik
  Seorang penumpang, Ibrahim Jollkainaini, 37, berkata, ia adalah pengalaman pertama berhadapan…