Tayar lori bergolek di lebuh raya, penunggang motosikal maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto PDRM
Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar tayar lori yang bergolek di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Seremban, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun dalam perjalanan dari arah Sikamat ke Putrajaya.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan terlanggar tayar lori yang dipercayai tercabut dan bergolek dari arah bertentangan yang masuk ke laluannya.

"Ia mengakibatkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri, sebelum merempuh besi kiri penghadang jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, lori yang terbabit dalam kemalangan itu dan pemandu lelaki berusia 29 tahun berjaya dikesan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Akibat kemalangan, penunggang motosikal terbabit parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya.

Mohamad Hatta berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801 atau hubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mohd Zamzuri berkata pihaknya mendapati kejadian berlaku jam 11.46 pagi membabitkan sebuah…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 6.40 pagi, sebuah lori yang dipandu oleh…
Berita Domestik
Menurutnya, KKR melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa prihatin terhadap keselamatan…