Tayar Goodyear Oxygene sebenarnya hidup - mampu jalani fotosintesis dan menghasilkan oksigen!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Tokyo Motor Show 2019 yang baharu sahaja berlangsung pada awal bulan yang lalu, Goodyear turut tidak melepaskan peluang mempamerkan barisan produk di bawah tema Freedom to Move.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara produk yang menarik dibawakan pada acara tersebut adalah sebuah tayar yang hidup, dikenali dengan nama Goodyear Oxygene - namanya juga memberikan petanda ia sebenarnya mampu menghasilkan gas oksigen,

Tayar unik ini menampilkan penggunaan lumut (ya, lumut!) pada sidewall bertujuan untuk menyerap titisan air dan lembapan dari jalan raya, menjalankan proses fotosintesis dan menghasilkan oksigen kembali ke udara!

Oxygene menggunakan struktur nir-udara yang diperbuat daripada percetakan tiga dimensi dan serbuk getah yang dikitar semula. 

Struktur yang ringan dan mampu menyerap hentakan ini juga tahan lasak, serta mempunyai jangka hayat yang sangat panjang, sekaligus meminimumkan kos penyelenggaraan dan memastikan mobiliti yang reliabel. 

Selain daripada itu, antara produk Goodyear yang dipamerkan:


Lexus LF-30 Electrified yang dilengkapi tayar konsep Goodyear


Lexus bekerjasama dengan Goodyear untuk menghasilkan tayar yang dihasilkan khusus buat model konsep LF-30 Electrified. 

Tayar ini menampilkan rekaan benang dan keratan rentas yang dibangunkan menggunakan teknologi aerodinamik tersendiri Goodyear, di mana terdapat sirip di bahagian benang bertujuan untuk menjana aliran udara yang efektif bagi menyejukkan motor elektrik. 


Goodyear AERO


Sebuah konsep tayar yang direka untuk kereta terbang masa hadapan. 

Dibangunkan berdasarkan konsep dua-dalam-satu, tayar AERO ini boleh digunakan di atas jalan serta di udara. 

AERO dilengkapi dengan pemproses kepintaran buatan yang boleh menerima data informasi daripada tayar, kenderaan serta infrastruktur pendaratan, di mana data tersebut boleh digunakan sebagai panduan untuk penukaran mod terbang atau mod pemanduan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…